Penghantar makanan golongan paling kurang mendaftar SKSPS

oleh Penyumbang Rencana 2|
Sejak dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu, Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kurang mendapat sambutan daripada orang bekerja sendiri (OBS).



Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, golongan penghantar makanan paling kurang mendaftar walaupun mereka termasuk 19 sektor tidak formal yang layak untuk berbuat demikian.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Penghantar makanan buat masa ni agak sangat mendukacitakan. Tidak ramai yang mendaftar dan ada juga yang mendaftar namun namun tidak mencarum.

 

“Golongan ini antara yang paling berisiko terlibat dalam kemalangan sebenarnya. Saya nak kongsi pengalaman saya dengan situasi ini. Pada 25 Januari kita ada sorang penghantar makanan terlibat dalam kemalangan maut dan dia tidak ada caruman, dia cuma mendaftar tapi tak bayar caruman jadi takde bayaran faedah yang dapat dibuat,” katanya.

 

Mohammed Azman Aziz berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Kempen Perjalanan Selamat Ke Tempat Kerja Peringkat Kebangsaan 2020 di Tesco Bercham, Ipoh petang tadi.

 

 

Menurut beliau, selain penghantar makanan, 18 sektor tidak formal lain yang dikuatkuasakan di bawah SKSPS ialah perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan, pertanian, pengambilan hasil hutan, perikanan, penyediaan dan penjualan makanan, aktiviti pengilangan produk, kerja pembinaan, menjaja atau berniaga.

 

Namun katanya, daripada 2.8 juta OBS, setakat ini pendaftaran untuk skim caruman tersebut tidak mencecah 50,000 pencarum.

 

Ujar Mohammed Azman Aziz, perkara itu sangat merisaukan kerana kemalangan jalan raya adalah punca utama kematian pekerja di Malaysia.

 

Jelas beliau, statistik kemalangan pergi balik ke tempat kerja yang dilaporkan kepada Perkeso meningkat setiap tahun.

 
 

 

Katanya, pada 2019 statistik tersebut meningkat 48.5 peratus berbanding hanya sekitar 20 peratus 10 tahun lalu.

 

Mohammed Azman Aziz berkata, berbanding kes kemalangan di tempat kerja, kes kemalangan pergi dan balik lebih serius kerana melibatkan kecederaan di kepala serta kecederaan yang membawa maut.

 

Justeru katanya, Perkeso mengambil langkah mengadakan Kempen Perjalanan Selamat Ke Tempat Kerja dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDR) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

 

Ujar beliau, kempen tersebut mensasarkan 430 majikan yang akan mengikuti 430 program advokasi di seluruh negara.

 

Program yang dijangka berakhir Oktober itu nanti juga katanya, memberi tumpuan utama kepada asas pencegahan kemalangan seperti pemakaian topi keledar, keselamatan pejalan kaki, pemakaian tali pinggang keledar, emmatuhi lampu isyarat serta risiko penggunaan telefon bimbit semasa memandu khusus kepada para pekerja yang pergi balik ke tempat kerja setiap hari.

 

 

 

 

Artikel oleh: Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Susulan liputan SKSPS dinaikkan kepada 90 peratus daripada 80 peratus yang diumumkan kerajaan…
Berita Domestik
  Beliau berkata, peruntukan perlindungan keselamatan sosial itu membuktikan penghargaan kerajaan…