Penghantar makanan ditahan menunggang lawan arus

oleh SALINA JALIL|
Penghantar makanan antara sembilan penunggang motosikal ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam Op Khas E-Hailing selepas dikesan melawan arus di Petaling Jaya di sini, semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi itu diadakan bermula pada 11.30 pagi hingga 6 petang bagi mengesan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

 

Menurutnya, operasi itu diketuai Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JSPT Bukit Aman Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin bersama lapan pegawai dan 47 anggota.

 

"Operasi diadakan di Persimpangan 3 Hospital Thomposon, Persiaran Surian dan Kota Damansara, Petaling Jaya.

 

"Tangkapan itu membabitkan enam lelaki tempatan, dua warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Mohd Nazri berkata, penghantar makanan itu dikesan melakukan kesalahan di Jalan Persiaran Surian berhampiran Palm Spring @ Damansara apabila dia bertindak melarikan diri dari sekatan jalan raya dengan dengan melawan arus sepanjang 60 meter.

 

"Siasatan awal mendapati penunggang itu tidak mempunyai lesen e-hailing dan lesen memandu kelas B2.

 

"Selain itu, sebanyak 16 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik," katanya.

 

Menurutnya, kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan 1987.

 

 

 

 

laporan asal  harian metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Kesemua penghantar makanan menyatakan bahawa mereka menerima pesanan ‘prank’ yang beralamat di…
Informasi
  Ibnu Robi berkata, pekerjaan itu dilakukan secara sambilan sejak tiga minggu lalu untuk…
Hezeri Samsuri
Namun fakta yang sering diketepikan ialah motosikal adalah mod pengangkutan yang paling popular…