Penggunaan lampu LED terangi jalan raya Malaysia bermula September - Menteri

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

sumber gambar: Pekat Technology

Kesemua jalan raya di seluruh negara bakal diterangi dengan limpahan lampu jenis LED yang lebih jimat 50% penggunaan tenaga berbanding lampu mentrol tradisional.

Cadangan ini diajukan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang akan mula berkuatkuasa September ini. 

Sehingga kini, 80% daripada lampu jalan di Malaysia masih lagi kekal dengan penggunaan lampu jalan jenis amber.

Menurut Zuraida lagi, kementerian juga sedang mencadangkan untuk menguatkuasakan penggunaan lampu LED pada papan tanda berlampu di kedai-kedai dan bangunan tinggi. 

Projek perintis penggunaan lampu LED ini akan bermula di Parlimen Ampang terlebih dahulu manakala proses pemilihan tender untuk projek tiga bulan ini akan siap menjelang Jun. 

Selain daripada itu, Zuraida juga menyebut kementerian sedang merangka untuk memasang kamera litar tertutup CCTV pada kawasan panas bagi membasmi jenayah serta perbuatan membuang sampah merata-rata. 

Sumber: The Star