Penggunaan cermin lebih gelap kini dibenarkan untuk bahagian penumpang - Menteri Pengangkutan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di dalam satu sidang akhbar yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebentar tadi, kerajaan akan membuat pindaan terhadap penggunaan lapisan filem atau cermin gelap seperti mana yang digariskan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Pindaan ini dibuat bagi meningkatkan aspek ketelusan dalam proses pertimbangan ke atas permohonan penggunaan cermin yang lebih gelap, selain meningkatkan hasil kerajaan. 

Berdasarkan pengumuman yang dibuat, pindaan ini akan membenarkan penggunaan cermin dengan kadar ketelusan cahaya lebih rendah bagi bahagian cermin sisi kiri dan kanan penumpang. 

Ia diikuti dengan syarat bahawa kenderaan motor tersebut perlulah dilengkapi dengan cermin sisi (side mirrors).

Ia merupakan peningkatan daripada peraturan semasa yang membenarkan kadar ketelusan cahaya pada cermin penumpang kiri dan kanan serta cermin belakang pada kadar 30 peratus sahaja. 

Walaubagaimanapun, kadar ketelusan cahaya tampak bagi cermin hadapan, serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu masih kekal dengan peraturan semasa (50 peratus dan 70 peratus).

Selain daripada itu, bagi mereka yang memohon untuk menggunakan cermin yang lebih gelap untuk seluruh kenderaan di atas faktor keselamatan dan faktor kesihatan, bayaran perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM50 untuk setiap permohonan. 

Manakala permohonan yang diluluskan pula akan dikenakan bayaran sebanyak RM5,000 untuk tempoh selama dua tahun. Selepas itu, permohonan perlu dilakukan semula.

Permohonan pengecualian atas faktor kesihatan pula hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan dan akan dikecualikan daripada sebarang bayaran. 

Peraturan baharu ini akan berkuatkuasa esok (8 Mei 2019) dan penguatkuasaan peraturan baharu ini akan bermula tiga bulan daripada tarikh peraturan ini berkuatkuasa. 

Berita Berkenaan

Informasi
“Saya berpendapat bahawa kita tidak boleh larang hanya sebab ada satu masalah timbul maka terus…
Berita Domestik
"Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah…
Informasi
Menurutnya, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ pada Mei 2019 telah memperkenalkan peraturan…