Penggunaan biodiesel B10 beri manfaat pada enjin, alam sekitar dan negara

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi anda yang masih meragui penggunaan biodiesel B10 terhadap enjin kenderaan, sebenarnya penggunaan biodiesel B10 bagi enjin kenderaan ini tidak memerlukan anda untuk melakukan apa-apa pengubahsuaian.

 

Hasil maklum balas dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah membuktikan penggunaan biodiesel B10 tidak memberi apa-apa masalah kepada 50 unit kenderaan yang telah menjalani ujian sejak dari tahun 2014.

 

Jika di Indonesia, negara itu kini sudah dianggap sebagai peneraju dalam penggunaan biodiesel B20 yang mempunyai 20 peratus metil ester dan 80 peratus diesel.

 

Negara-negara seperti Argentina dan Colombia kini telah mengembangkan agenda biodiesel mereka dengan menggunakan B10. Di Perancis dan Brazil pula, mereka kini sudah menggunakan biodiesel B8.

Menyedari hakikat bahawa penggunaan biodiesel dapat memberi banyak manfaat, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga sedang berusaha memperkenalkan penggunaan biodiesel B10 iaitu campuran 10 peratus metil ester dan 90 peratus diesel.

 

Seperti sedia maklum, kenderaan-kenderaan enjin diesel di Malaysia kini menggunakan biodiesel B7, iaitu campuran tujuh peratus metil ester dan 93 peratus bahan api fosil. Peningkatan hanya tiga peratus penggunaan metil ester sawit.

 

Dalam enjin, sama ada petrol mahupun diesel, kotoran di dalam enjin merupakan punca kepada pengurangan prestasi dan kerosakkan.

 

Semakin meningkat had perbatuan, kotoran yang terkumpul di dalam enjin boleh mengakibatkan pengurangan kuasa, tekanan minyak rendah, peningkatan dalam penggunaan pelincir, “over heat”, “blow-by” dan asap yang kotor.

Kotoran minyak ini biasanya berwarna hitam dalam bentuk pepejal atau gel yang terkandung di dalam minyak enjin. Hal ini boleh menyebabkan jangka hayat kenderaan anda pendek dan juga berlaku kerosakkan-kerosakkan lain.

 

Penggunaan biodiesel telah terbukti sebagai agen pembersih yang berkesan di dalam enjin, mampu meningkatkan jangka hayat enjin dan lebih mesra alam. Dalam pada masa yang sama, penggunaan minyak sawit juga dapat menyumbang kepada ekonomi negara.

 

Antara kelebihan-kelebihan biodiesel B10;

  • Lebih bersih
  • Kurang toksik
  • Mampu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon monoksida
  • Mengurangkan pemanasan global
  • Mempunyai kandungan sulfur yang sangat rendah

 

Jika penggunaan biodiesel B10 ini dilaksanakan di seluruh negara, ia dianggarkan dapat membuang emisi daripada 100,000 kenderaan di atas jalan setiap tahun. Ia juga dapat mengurangkan 350,000kg sulfur di atmosfera setiap tahun sekaligus mengurangkan kesan hujan asid.

Berita Berkenaan

Informasi
  "Selain itu, pihak MPOB juga mengadakan kerjasama dengan enam universiti tempatan berkenaan…
Berita Global
Currently, Malaysia is already selling B7 biodiesel at the pumps for both Euro 2M diesel and Euro 5…
Informasi
Sedar atau tidak, penggunaan biodiesel bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia kerana semua…