Pengguna UK berang Mercedes-Benz guna teknologi navigasi untuk tarik kereta tak bayar

oleh HEZERI SAMSURI|
Akhbar The Sun di UK melaporkan bahawa beberapa persatuan hak asasi manusia, bekas-bekas menteri dan pakar perundangan berang dengan Mercedes-Benz yang menggunakan data dari sistem navigasi satelit kenderaan mereka untuk mencari pemilik yang gagal membayar ansuran bulanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz UK bagaimanapun telah menyatakan di dalam kontrak perjanjian pinjaman bahawa ia akan menggunakan lokasi data itu untuk mencari pemilik yang telah melanggar perjanjian bayar semula tersebut.

Menurut salah seorang bekas menteri tersebut, David Davis, "Ini bukan kali pertama sebuah syarikat besar berkelakuan seperti seorang Along (Big Brother), tetapi kali ini (Mercedes-Benz UK) ia terlalu jelas."

Namun begitu, Mercedes-Benz pula berkata mereka tidak menggunakan alat pengesan. 

Pengguna juga telah bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh mereka dan kerana itu mereka telah menandatangani kontrak perjanjian pinjaman kenderaan tersebut.

Secara teori, syarikat kenderaan dari Jerman itu tidak melakukan sebarang kesalahan kerana peminjam sudahpun bersetuju.

Apa pendapat anda? 

* Laporan asal dari Jalopnik
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…