Pengguna Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Linkedua masih perlu sentuh kad TnG

oleh SALINA JALIL|
Pengguna lebuh raya yang melalui Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua), masih perlu menyentuh kad Touch 'n Go (TnG) pada pengimbas di lorong tol, bagi membolehkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merekod data trafik.


Pengguna di kedua-dua plaza tol berkenaan boleh menikmati pengecualian bayaran tol selama seminggu dari 1 April hingga 7 April ini, seperti diumum kerajaan baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

PLUS dalam kenyataan menyatakan, pengguna juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kawalan sempadan yang ditetapkan, serta memastikan baki kad TnG mencukupi sekiranya ingin meneruskan perjalanan ke destinasi lain, selain kedua-dua plaza tol berkenaan.

 

PLUS juga bersiap siaga dengan menambah bilangan petugas khidmat pelanggan di kedua-dua plaza tol di pintu negara itu, untuk memberi bantuan kepada pelanggan yang memerlukan pertolongan.

 

Dalam pada itu, Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata, pihaknya mengalu-alukan kepulangan warga Malaysia dan ketibaan rakan-rakan dari Singapura, dengan tangan yang terbuka.

 

"Pada masa sama, PLUS terus komited untuk menyediakan perjalanan yang selamat, lancar dan satu pengalaman yang menyeronokkan, bagi pelanggan lebuh raya yang memasuki Malaysia," katanya.

 

Tambahnya, PLUS menjangkakan akan berlaku sedikit lonjakan trafik di beberapa laluan di lebuh raya, dengan pembukaan semula sempadan laluan darat di samping ketibaan bulan Ramadan, dan telah mengadakan pelbagai persediaan rapi bagi membantu pelanggan menikmati perjalanan yang selamat dan lancar.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…