Pengguna pengangkutan awam perlu dapat kebenaran rentas daerah/negeri

oleh Mohamad Hanif|
Agensi-agensi berkaitan di bawah Kementerian Pengangkutan akan mengemaskini jadual perjalanan termasuk mengehadkan frekuensi perkhidmatan bas, feri dan kereta api susulan pengumuman pelaksanaan kapasiti 50 peratus penumpang bagi pengangkutan awam bermula 25 Mei ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menggalakkan pengguna pengangkutan awam mendapatkan maklumat terkini menerusi laman web rasmi dan media sosial penyedia-penyedia perkhidmatan yang berkaitan.

Bagi perkhidmatan teksi dan e-Hailing pula katanya, setiap kenderaan penumpang dihadkan kepada tiga orang iaitu seorang pemandu dan dua penumpang sahaja.

Ia termasuk bagi kenderaan bersaiz lebih besar seperti 4WD dan van.

"Semua pengguna pengangkutan awam perlu mendapatkan kebenaran rentas negeri atau rentas daerah daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya menggunakan mana-mana mod pengangkutan awam bagi perjalanan berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, anggota penguatkuasa akan ditempatkan di stesen serta terminal pengangkutan awam bagi memastikan pematuhan SOP pencegahan COVID-19 serta memantau keadaan semasa bersama pihak keselamatan agensi yang berkaitan.

"MOT sekali lagi menyeru pengguna pengangkutan awam agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan di semua stesen dan terminal termasuk memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mengamalkan penjarakan sosial selagi boleh serta mengimbas kod QR MySejahtera," ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…