Pengguna LPT terima kurma setiap hari

oleh HEZERI SAMSURI|

ANIh Berhad, peneraju konsesi untuk Lebuhraya Pantai Timur akan mengedarkan 20,000 pek kurma secara percuma setiap hari bagi pengguna yang melalui Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Karak.

Agihan ini akan dilakukan setiap hari selama sebulan bermula dari 1 Ramadhan, antara jam 7.00 pm hingga 7.45 pm di kedua-dua tol secara serentak.

Selain dari kurma, Anih juga akan mengagihkan 3,000 pek juadah makanan percuma di kawasan R&R terpilih sepanjang LPT 1 dan Lebuhraya KL-Karak (KLK).

Pek juadah yang mengandungi set lauk, nasi dan air mineral serta kurma akan diedarkan melalui satu kaunter pandu lalu khas dari jam 6.30 pm hingga 7.30 pm di tiga lokasi terpilih iaitu dua di R&D Genting Sempah (2 dan 16 Jun 2017) dan di R&R Temerloh pada 9 Jun 2017.

Dato' Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein_0028

Menurut Datuk Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein, Pengarah Eksekutif Anih Berhad, pengedaran juadah tersebut ialah inisiatif syarikat untuk berkongsi keberkatan bulan Ramadhan dan merapatkan ukhuwah antara syarikat dan pengguna.

“Sudah menjadi tradisi Anih untuk mengedarkan pek penghargaan sempena Ramadhan tetiba bezanya, kali ini kami memberi kurma dan juadah berbuka kepada pengguna yang tidak sempat sampai ke destinasi sebelum waktu berbuka,” terang Nik Fauzi.

“Untuk pek berbuka puasa, ini adalah inisiatif pertama kami dan ia disediakan oleh penggerai R&R di LPT sendiri. Setiap lokasi diperuntukan sejumlah 1,000 pek untuk sekali edaran,” sambungnya.

Anih turut menyumbang RM5,000 untuk juadah moreh kepada 10 surau dan masjid di sepanjang jajaran KLK dan LPT 1. Ia juga menyumbang RM2,000 kepada pelajar dan kakitangan Maahad Tahfiz Muhammad di Kuantan sebagai juadah berbuka puasa.

 

Add new comment

Careta Ad