Pengguna jalan raya keras kepala, masih ramai tidak ada lesen memandu

oleh Hamimah Hamid|
ISU tidak mempunyai lesen memandu dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak berkesudahan.

Walaupun hukuman dikenakan terhadap pesalah terlibat, mereka masih keras kepala dan tidak mengendahkan undang-undang yang ditetapkan kerajaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buktinya dalam Operasi Bersepadu Hari Raya Aidil Fitri (HRA) 2024 yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak malam kelmarin, ramai penunggang motosikal dan pemandu kereta didapati tidak mempunyai lesen memandu.

 

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusof Abustan berkata, kesalahan tidak mempunyai lesen memandu turut dilakukan oleh warga asing.

 

" Secara keseluruhannya, sepanjang tempoh operasi selama dua puluh hari perlaksanaan ini dilaksanakan sebanyak 56,157 kenderaan telah diperiksa, 10, 009 notis saman telah dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan dan 395 kes telah disita atas pelbagai kesalahan.

 

"Statistik menunjukkan kesalahan tertinggi yang dikesan di bawah kesalahan tiada lesen memandu ataupun travel lesen, tiada lesen kenderaan motor, tiada roadtax dalam istilahnya serta telah serta telah tiada perlindungan insuran," katanya.

 

Menurut Mohammad Yusoff, pada ops HRA tahun ini, JPJ turut menguatkuasakan sembilan kesalahan lalu lintas utama yang diambil tindakan tegas.

 

Anntaranya ujar beliau ialah kesalahan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah dan memandu melebihi had laju.

 

Dalam pada itu Mohammad Yusoff memaklumkan, 121 kenderaan telah diperiksa melalui Ops Khas pemandu Warga Asing (PEWA) yang berjalan serentak.

 

Menurut beliau, hasil pemeriksaan didapati lima kenderaan dengan 10 kesalahan direkodkan tiada memiliki lesen memandu.

 

Pada perkembangan sama, beliau memberitahu JPJ perak turut menahan seorang pemandu bas berusia 38 tahun di Terminal Meru Raya dalam ops khas HRA tersebut.

 

MMohammad Yusoff berkata, lelaki itu tidak dibenarkan memandu bas selepas hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadapnya mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Antara kenderaan yg disita