Pengguna gesa eskalator MRT dibaikpulih segera

oleh Mohamad Hanif|
Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) memohon pihak berkaitan menyegerakan baik pulih bagi kemudahan eskalator dan lif yang didakwa telah rosak sejak dua bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi rakaman satu klip video di laman sosial Ruzails memaparkan tiga eskalator yang tidak dapat digunakan dipercayai berlaku di Stesen MRT Kajang.

Menurutnya, biarpun rakaman tersebut pernah dimuat naik pada 19 Mei lalu, namun tiada sebarang maklum balas.

“Aku muat naik semula video tentang tiga eskalator rosak di MRT Kajang. Sekarang, aku dapat tahu ada empat yang rosak.

“Hari ini (semalam) 2 Julai masih sama seperti dua bulan lepas. Hampir semua stesen MRT ada masalah eskalator dan lif rosak,” katanya dalam satu hantaran semalam.

 


Sementara itu, dalam hantaran berbeza, pihak Rapid KL melalui laman Twitter AskRapidKL memberi maklum balas bahawa isu tersebut sememangnya dalam perhatian dan tindakan.

“Eskalator di Stesen MRT Kajang dalam proses baik pulih dan dijangka selesai pada Disember 2022. Jangkaan tarikh siap ini bergantung kepada penerimaan alat ganti dari kilang di Shanghai,” katanya.

Bagaimanapun, orang ramai sebaliknya mempersoalkan tempoh baik pulih tersebut yang disifatkan terlalu lama sehingga enam bulan.

“Dasyat betul pengurusan. Takda alternatif (pembekal atau alat ganti) ke? Takkan tiada pelan kontingensi? Bukan satu tempat sahaja ada masalah eskalator,” kata Fazlina.

“Perlukan enam bulan hanya untuk betulkan eskalator dan lif? Biar betul,” seloroh Avtar.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
"Boleh sahaja kalau nak percepatkan projek ini kita bina eskalator atas tangga, macam sekarang ada…
Berita Domestik
  "Tindakan dilakukan oleh remaja tersebut boleh dikategorikan sebagai perbuatan vandalisme. "…
Berita Domestik
Ia berikutan laporan dan gambar yang tular di media sosial yang mendakwa eskalator di Stesen LRT…