Hal ini menyebabkan ramai pembida nombor pendaftaran meluahkan perasaan tidak puas hati di media sosial setelah nombor yang diingini disekat tanpa alasan dan penjelasan kukuh oleh pihak yang bertanggungjawab.
Difahamkan, pendaftaran bagi nombor siri "FF" dari Wilayah Persekutuan Putrajaya telah pun dibuka sejak Ahad yang lepas.

Seorang peniaga nombor pendaftaran kenderaan memberitahu MalaysiaNow, nombor-nombor yang disekat itu dipercayai berpunca daripada pengaruh golongan VIP serta ketidaktelusan sistem yang digunakan untuk membida.
"Kita pun tak tahu siapa yang sekat nombor-nombor ini malah nombor pendaftaran yang biasa dan bukannya istimewa seperti siri dua digit atau satu digit juga disekat untuk dibida," jelas Wallace Choy dari Auto Plate Division.
Tambahnya lagi, situasi tersebut pernah berlaku sebelum ini melibatkan siri huruf pendaftaran kenderaan daripada negeri-negeri tertentu seperti Johor (J) dan Perak (A).
Berita penuh: MalaysiaNow