Pengganti Lotus Esprit bakal hadir dengan nadi V6 hibrid tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Selepas Lotus Evija, nampaknya pengeluar kereta sports British itu akan memperkenalkan sebuah lagi model baharu yang dinamakan sebagai pengganti Lotus Esprit menjelang pertengahan tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Autocar, ia bakal tampil dengan trenkuasa bentangan V6 berkuasa hibrid dengan konfigurasi enjin tengah (midship), difahamkan unit yang sama diperoleh daripada Toyota. 

Apa yang menarik perhatian, pengganti atau pewaris Lotus Esprit ini bakal mempunyai pakej rekaan luaran yang menyerupai Lotus Evija, namun tetap mengekalkan elemen serta falsafah rekaan yang ada pada Lotus Esprit yang terdahulu. 

 


Namun, sistem hibrid merupakan sistem berasingan yang dibangunkan sendiri oleh Lotus dan menggunakan teknologi yang serupa pada jenama-jenama di bawah naungan Geely, iaitu Volvo. 

Trenkuasa ini mampu menghamburkan kuasa sehingga 500 kuasa kuda, menjadikannya kereta sports yang lebih pantas dan lebih berkuasa berbanding Lotus Evora 410. 

Namun, tidak seperti Evora yang tampil dengan konfigurasi empat tempat duduk, kereta sports baharu ini hanya akan ditawarkan dalam konfigurasi dua tempat duduk sahaja. 

Lotus juga dikatakan sedang membangunkan kereta sports yang mampu memenuhi piawaian emisi di China dan Amerika Syarikat, supaya dapat melonjakkan jualan tahunan daripada 1,500 unit kepada 5,000 unit setahun. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta…
Gaya Hidup
  Kombo dua jentera Mercedes ini datang pada harga yang cukup menarik, sekitar $29.99 sahaja (…
Berita Domestik
Nampaknya pihak pengimport dan pengedar rasmi kenderaan berjenama Lotus di Malaysia, Lotus Karz…