Pengganti Lexus CT bakal guna platform TNGA, trenkuasa elektrik dalam pertimbangan

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Model aras mula mewah yang hadir dari Lexus, CT dijangkakan bakal menerima penggantinya tidak lama lagi memandangkan platform Toyota MC yang digunakannya sudah terlalu lama untuk terus kekal di pasaran. 

Menurut Bos Lexus Eropah, Pascal Ruch berkata kepada Autocar, pengganti model Lexus CT akan hadir sekurang-kurangnya dua tahun daripada sekarang, dan dalam tempoh itu ia akan terus berada di pasaran. 

Dipercayai, model aras mula Lexus ini bakal menggunakan platform sedia ada daripada Toyota, TNGA yang membawakan lebih banyak perubahan, penambahbaikan dan pakej yang lebih menarik berbanding model sedia ada. 
 

Toyota Corolla juga hadir daripada platform TNGA


Jika Lexus CT sebelum ini didatangkan dalam konfigurasi hatchback dan trenkuasa hibrid, pihak Autocar percaya model pengganti CT ini mungkin akan mengikut trend masa kini - bentuk SUV dan trenkuasa elektrik sepenuhnya. 

Berkenaan saiznya pula, presiden Lexus UK mengesahkan bahawa Lexus CT generasi baharu bakal mempunyai dimensi yang lebih kecil daripada Lexus UX - sebuah crossover mewah di dalam segmen C. 
 

Sumber: Autocar melalui Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun sesetengah pembuat kereta menggunakan perkataan atau frasa tertentu sebagai nama model…
Berita Global
Lexus juga terkesan dengan perubahan trend ini, dan memutuskan untuk menghentikan penjualan tiga…