Pengganti Civic Type R FK8 - hot hatch Type R Hybrid?

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Generasi kelima Honda Civic Type R baharu sahaja berusia dua tahun, namun para pereka dan jurutera di Honda sudah pun memikirkan kemungkinan bentuk yang bakal diadaptasikan pada generasi Type R berikutnya. 

Tatkala pergerakan dunia sudah bergerak ke arah elektrifikasi trenkuasa, sumber yang enggan diketahui mendedahkan kepada Pistonheads bahawa generasi baharu Type R mungkin akan mengambil jalan yang serupa. 

Akan tetapi, sebuah Civic Type R berkuasa elektrik sepenuhnya mungkin bukan jawapan tepat.
 


Menurut Kohei Hitomi, Pengurus Projek Honda E Prototype memberitahu, "dengan teknologi yang sedia ada, kami mudah untuk mentransformasikan Civic Type R menjadi sebuah hot hatch EV.

"Akan tetapi, Type R bukanlah sekadar prestasi semata-mata, ia merangkumi pengendalian, operasi dan tahap pemanduan berprestasi tinggi.

"Sekadar menukarkan aspek tersebut kepada kuasa elektrik, ia bukan jalan yang sebenar bagi sebuah Type R," ujar beliau.
 


Tolak ke tepi kemungkinan tersebut, maka jalan yang selamat adalah dengan mengadaptasikan enjin hibrid berkuasa tinggi kepada Civic Type R generasi berikutnya.

Jika diikutkan kepada tempoh kitaran produk semasa, adalah terlalu awal bagi Honda untuk menggantikan Civic Type R, memandangkan masih terlalu banyak potensi yang belum diteroka pada hot hatch pacuan roda depan tersebut. 
 

Baca: Honda Civic Type R pecah rekod Litar Estoril

Baca: Honda Civic Type R catat rekod terpantas di Litar Silverstone

Baca: Honda Civic Type R catat masa terpantas di Spa-Francorchamps

Baca: Honda Civic Type R catat masa di Litar Hungaroring

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, Honda telah menghentikan sementara penjualan bagi model tersebut disebabkan…
Berita Global
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Honda Civic Type R 2023 membawakan nadi turbo 2.0 liter…
Berita Global
Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah…