Pengganti Aventador bakal hadir dengan enjin V12 serba baharu, tiada unsur elektrifikasi

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Lamborghini Aventador Ultimae merupakan Aventador terakhir yang menampilkan enjin V12 sebelum ia digantikan dengan generasi baharu serta trenkuasa yang dielektrifikasikan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, menurut laporan terbaharu daripada Autoblog, ketua eksekutif Lamborghini Stephan Winkelmann mengesahkan pengganti supercar Aventador itu bakal menampilkan enjin serba baharu yang mengekalkan konfigurasi bentangan V12.

Menurut Winkelmann, Lamborghini pada ketika ini sudah pun habis 'mengekstrak' segala kuasa yang ada daripada enjin 6.5 liter V12 sedia ada, namun beliau tidak mendedahkan dengan teliti butiran lanjut seperti sesaran enjin baharu itu.

Tambah beliau, trenkuasa baharu itu dikatakan tidak akan berkongsi teknologi yang sama dengan model Sian.

"Teknologi yang digunakan adalah berbeza, enjin V12 tersebut adalah enjin baharu sepenuhnya, trenpacuan baharu, bateri baharu - segala-galanya adalah serba baharu," ujar beliau lagi.

Namun apa yang pasti, supercar pengganti Aventador itu bakal menampilkan ciri-ciri seperti pacuan semua roda, sistem stereng empat roda, casis gentian karbon serta paling penting ia masih lagi sebuah supercar dengan enjin konvensional tanpa sebarang elektrifikasi.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …
Berita Global
Sepanjang kariernya, Gandini terkenal dengan hasil kerjanya bersama Lamborghini, di mana dia…
Pelancaran Motosikal
Ducati Streetfighter V4 Lamborghini diinspirasikan oleh falsafah reka bentuk Lamborghini Huracán…