Pengganti Aventador bakal guna enjin hibrid V12

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk menawarkan kereta berprestasi tinggi yang menepati piawaian pelepasan emisi yang semakin tidak, mahu atau tidak Lamborghini terpaksa akur kepada peredaran arus semasa yang mahukan persekitaran yang sihat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Autocar, supercar Lamborghini Aventador bakal menerima model pengganti dalam masa dua tahun dengan sistem pacu-kuasa hibrid V12, pertama seumpamanya yang hadir dari Lamborghini. 

Model yang diberi kod nama LB45H itu bakal menggandingkan enjin bentangan V12 aspirasi natural dengan sebuah elektrik motor yang diposisikan di bahagian gandar hadapan, dan jarak operasi mod elektrik sepenuhnya sejauh 50 km.

Dengan konfigurasi sebegini, supercar tersebut tidak lagi memerlukan aci pemacu yang menghubungkan enjin di bahagian belakang dan gandar hadapan, memandangkan sistem motor elektrik ini mampu berdiri di atas tapak sendiri. 

Menurut ketua pegawai teknikal Lamborghini, Maurizio Reggiani berkata, walaupun konfigurasi hibrid ini bakal menambahkan kuasa sedia ada kepada enjin V12, ia juga bakal memberikan kesan kepada berat bersih kereta, dan mereka kini sedang menumpukan perhatian dalam usaha menambah baik sistem tersebut. 
 


Konsep sebegini pernah dipertunjukkan oleh Lamborghini ketika tahun 2014 menerusi Asterion, di mana kereta konsep tersebut menggunakan enjin V10 daripada Huracan yang digandingkan dengan tiga motor elektrik di gandar hadapan. 

Konfigurasi ini memberikan kuasa setinggi 898 kuasa kuda dengan penggunaan bahan api yang amat rendah, iaitu sekitar 4.2 liter/100 km!

Angka yang amat menarik bagi para pencinta kelajuan yang inginkan penjimatan bahan api, tidak begitu?

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …
Berita Global
Sepanjang kariernya, Gandini terkenal dengan hasil kerjanya bersama Lamborghini, di mana dia…
Pelancaran Motosikal
Ducati Streetfighter V4 Lamborghini diinspirasikan oleh falsafah reka bentuk Lamborghini Huracán…