Penggabungan lesen motosikal dimuktamadkan hujung tahun ini

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Cadangan untuk menggabungkan kelas lesen motosikal B1 dan B2 kepada B akan dimuktamadkan hujung tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramlee berkata, kajian mengenai cadangan itu kini di peringkat akhir perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dengan JPJ.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, selepas perincian dimuktamadkan, ia akan dibentangkan terlebih dahulu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum sebarang pengumuman dibuat.

“Kita akan tengok perincian kerana dari segi dasar ia adalah dalam bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, dan JPJ masih menunggu pembentangan yang akan dibuat nanti.

“Setakat ini pihak kementerian belum umumkan apa-apa, belum putuskan apa-apa jadi kami tengah perincikan dulu jika perlu bawa kepada Jemaah Menteri, kita akan bawa.

“Kita akan selesaikan dalam tahun ini juga kerana kini semuanya di peringkat akhir dan JPJ menunggu keputusan daripada kajian yang dibuat oleh kementerian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program MyLesen B2 Peringkat Negeri di Dewan Perzim, Banda Hilir di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid berkata, cadangan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan untuk diteliti terlebih dahulu.

Beliau berpendapat, tidak ada masalah berhubung cadangan itu kerana penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 memang memiliki pengalaman menunggang kenderaan berkenaan.

Tambah Aedy Fadly, cadangan penggabungan semua kelas lesen motosikal tidak perlu dibawa ke Dewan Rakyat untuk diluluskan. 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…
Berita Domestik
Ujarnya, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan…
Berita Domestik
Ini bermakna hanya satu kelas teori diperlukan untuk kedua-dua lesen, di mana langkah itu dijangka…