Pengerusi Mitsubishi Motors letak jawatan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengerusi untuk Mitsubishi Motors Corp., Osamu Masuko mengumumkan perletakan jawatan beliau semalam atas alasan kesihatan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Masuko yang sudah 15 tahun berkhidmat akan digantikan buat sementara waktu oleh CEO Mitsubishi Motors, Takao Kato. Menurut laporan Japan Times, Masuko akan kekal sebagai penasihat khas untuk syarikat, tetapi tidak diterangkan apakah fungsi tugas tersebut.

Keputusan Masuko itu dilakukan dalam kegawatan pakatan Mitsubishi bersama Nissan Motor Co. dan Renault SA yang dikejutkan dengan kadar keuntungan yang semakin merosot.

Masuko juga adalah pemimpin tertinggi terakhir yang masih tinggal selepas Carlos Ghosn, bekas pengerusi pakatan tiga syarikat kenderaan itu, ditahan dalam bulan November 2018 atas tuduhan memalsukan laporan keuntungan.

Masuko ialah ketua yang bertanggung-jawab menjual satu pertiga saham syarikat itu kepada Nissan selepas nilai jenama Mitsubishi menjunam dalam tahun 2016 akibat skandal ujian penggunaan bahan api yang memanipulasikan data agar menghasilkan keputusan yang baik.

Ia juga menyebabkan minat Renault/Nissan untuk membeli Proton terbatal kerana mereka terpaksa membeli saham Mitsubishi atas nasihat kerajaan Jepun.

Serangan pandemik yang melanda bakal menyaksikan Mitsubishi, Nissan dan Renault kerugian berbillion-billion Dollar untuk tahun ini walaupun setelah mengumumkan strategik baharu mereka bulan May lalu.

Minggu lalu, Mitsubishi Motors meramalkan kerugian US$1.3 billion untuk tahun fiskal pertama sehingga Mac dan bercadang untuk menutup satu kilang pemasangan mereka di Gifu, Jepun dalam usaha untuk mengurangkan kos.

Kilang Gifu memasang sebanyak 86,000 unit kenderaan dalam tahun 2018, lebih sedikit dari 10 peratus jumlah kenderaan yang dihasilkan oleh Mitsubishi untuk setahun. Kilang Gifu digunakan untuk menghasilkan model Pajero (lebih dari separuh jumlah pemasangan itu), diikuti oleh Outlander dan juga van Delica D-5.

 

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi gambar teaser yang dibekalkan, model misteri itu membawakan ciri seperti logo Mitsubishi…
Berita Global
Balutan yang dibuat pada Delica Mini merangkumi keseluruhan badan kecuali bumbung, lengkung roda,…
Berita Global
Di Amerika Syarikat, laman Automotive News mendedahkan model sedan dan hatchback segmen B…