Pengenalan rasmi Mitsubishi Crossover baharu di Indonesia 12 November ini!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, Mitsubishi Xpander sebenarnya sangat popular di Indonesia, mengalahkan seteru-seterunya yang lain seperti Toyota Avanza, Daihatsu Xenia, Suzuki Ertiga dan Honda Mobilio?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dek kerana popularnya Mitsubishi Xpander sebagai sebuah LMPV di Indonesia, Mitsubishi mahu memperluaskan lagi jajahan mereka di negara jiran dengan memperkenalkan varian baharu - sebuah crossover berdasarkan MPV Xpander. 

Disasarkan pengenalannya di Jakarta pada 12 November ini, crossover MPV dari Mitsubishi Xpander ini bakal menawarkan pakej ala-ala SUV dengan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi serta ruang dalaman yang lebih luas. 

Berdasarkan imej acah yang diterbitkan, ia menampakkan susuk luaran daripada Mitsubishi Xpander dan membawakan elemen Dynamic Shield yang biasa kita lihat pada model-model Mitsubishi sedia ada. 
 

Mitsubishi Xpander laku keras di Indo!

Namun, jelas kelihatan bahawa jarak kelegaan tanah model baharu ini dilihat lebih tinggi berbanding Mitsubishi Xpander yang memiliki jarak 205 mm pada ketika ini. 

Sementara itu terdapat pemakaian rel bumbung bagi menampakkan imej SUV dan tidak dapat tidak akan ada pemasangan cladding plastik bagi menyempurnakan lagi imej crossover MPV baharu dari Mitsubishi ini. 

Tanggal 12 November tidaklah begitu jauh di hadapan, jadi tunggu dan lihat sahaja bagaimana model baharu crossover MPV ini bakal menunjukkan taringnya kepada Toyota Rush dan Honda BR-V. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Global
Budi Karya berkata, kemudahan proving ground tersebut akan dibina di Pusat Ujian Kelayakan Jalan…
Berita Global
Timbalan Penyelaras Infrastruktur dan Pengangkutan di Kementerian Koordinator Hal Ehwal Maritim dan…