Pengembara Malaysia hilang motosikal di London

oleh HEZERI SAMSURI|
Hasrat seorang warga Malaysia untuk mengembara dengan motosikal nampaknya terbantut kerana BMW S1000 XR milik beliau hilang di kota London semalam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Paul Wong yang sedang dalam ekpesidis peribadi beliau untuk ke kota London dari Malaysia hilang motosikal beliau yang diparkir di hadapan Shad Indian Restaurant di Jalan Tooley.

BMW berwarna merah itu lengkap dengan plet nombor Malaysia dan sebuah patung anjing yang diikat pada cermin pandang belakang kirinya.

Paul memulakan ekspedisi beliau pada 28 September lalu dan London dipercayai adalah antara destinasi terakhir beliau. Diharapkan agar motosikal beliau dapat ditemukan semula.

Careta juga diberitahu bahawa ada lagi kes-kes kecurian motosikal-motosikal ADV yang berlaku di sekitar Eropah. Antaranya ada yang membabitkan penunggang-penunggang yang sedang dalam misi mengembara ke seluruh dunia.