Pengeluar iPhone, Foxconn ganding bahu dengan Geely hasilkan EV untuk syarikat lain

oleh Mohamad Hanif|
Setelah menjalinkan kerjasama dengan syarikat pemula EV Byton, pengeluar iPhone Foxconn kini berganding bahu dengan sebuah lagi pengeluar automotif China, Geely bagi membantu penghasilan kenderaan elektrik untuk pihak ketiga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama ini bakal memberikan manfaat kepada Geely dalam usaha untuk mempopularkan platform EV yang dibangunkan sebelum ini, dan ia merupakan kerjasama kedua dalam minggu ini selepas menjalin hubungan dengan Baidu untuk tujuan yang serupa.

Sehingga kini, Geely Automobile telah berjaya menjual sebanyak 1.32 juta unit kenderaan pada tahun 2020, dan peluang yang ada ini bakal digunakan untuk memaksimumkan kapasiti pengeluaran fasiliti sedia ada.

Berikutan berita ini, pegangan Geely meningkat 1 peratus manakala Foxconn pula mencatatkan peningkatan 2.4 peratus lebih tinggi berbanding nilai sebelum ini.

Foxconn berhasrat untuk menjadi pembekal komponen dan perkhidmatan kepada 10 peratus daripada jumlah kenderaan elektrik global menjelang tahun 2025-2027.

 


Selain daripada itu, Foxconn juga baru-baru ini telah memperlihatkan platform EV yang tersendiri dan bakal digunakan untuk membangunkan variasi kenderaan termasuklah hatchback, sedan, SUV dan MPV dengan jarak antara roda bermula dari 2,750 mm sehingga 3,100 mm.

Dari segi perisian, pengeluar iPhone ini juga sedang membangunkan sebuah sistem yang mampu menyokong kemaskini over-the-air, serta sistem bantuan pemanduan autonomi, selain menyokong sambungan kepada Amazon Alexa, Android Auto dan Apple CarPlay.

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek Horizon Plus Co merupakan salah satu daripada permohonan pelaburan berjumlah 209.5 bilion…
Berita Domestik
Menerusi memorandum persefahaman dengan Dagang NeXchange Berhad (DNex), sebuah kerjasama akan…
Berita Global
Sebelum itu, Foxconn telah menjalinkan usaha sama dengan Fisker Inc dari US dan syarikat tenaga PTT…