Pengeluar automotif kini berdepan masalah kekurangan bekalan busa untuk tempat duduk

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan bekalan semikonduktor masih belum reda, dan pengeluar automotif di Amerika Syarikat kini mengalami masalah terbaharu - kekurangan bekalan busa yang biasa digunakan untuk membina tempat duduk.

Ini kerana ribut salji yang melanda kawasan Texas serta negeri-negeri lain di Amerika Syarikat bulan lalu dikatakan menjejaskan penghasilan produk sampingan yang digunakan untuk membuat propylene oxide - bahan utama yang digunakan untuk membuat busa polyurethane.

Menurut laporan daripada Automotive News, sesetengah pembekal bahan tersebut bakal kehabisan bekalan menjelang 8 Mac ini.

"Kebanyakan kilang masih belum mampu untuk meneruskan produksi produk sampingan ini, dan dalam masa beberapa hari, tiada siapa yang mampu untuk membuat propylene oxide," menurut seorang eksekutif industri automotif memberitahu Detroit Business.

"Masalah ini lebih besar berbanding isu kekurangan semikonduktor."

 


Seorang lagi pakar dari industri automotif memberitahu kekurangan ini bakal memberikan impak besar kepada pengeluar automotif dalam masa beberapa minggu, di mana impak pertama bakal dirasai menjelang separuh kedua bulan Mac.

"Saya menjangkakan semua pihak sedang mencari pembekal alternatif di peringkat global.

Kebanyakan pengeluar automotif di Amerika Syarikat sedang memantau keadaan masalah kekurangan bekalan busa ini, dan sesetengah daripada mereka seperti Toyota Motor North America akan bekerjasama dengan pembekal untuk meminimumkan impak.

Menurut jurucakap Toyota, "Kami menyedari keadaan industri petrokimia pada ketika ini, dan sedang bekerjasama dengan rakan pembekal untuk mengurangkan sebarang kesan terhadap pelan produksi kami. Pada ketika ini, masih terlalu awal untuk menjangkakan sebarang impak jangka pendek.

Sumber: Automotive News

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan laporan daripada The Wall Street Journal, Ford terpaksa mengangguhkan sementara…
Berita Global
  Bagi pemandu baharu yang belum pasti akan berkhidmat buat tempoh yang panjang, ada pula skim…
Berita Global
Ini kerana eksekutif Kumpulan Volkswagen mendakwa, mereka tidak menjangkakan masalah tersebut akan…