Pengelap Cermin Bosch AeroTwin - harga premium, tapi berbaloi!

oleh Mohamad Hanif|
Pengelap cermin (wiper/windscreen wiper) hadir dalam binaan yang paling ringkas antara kesemua komponen yang terdapat pada kereta anda, dan mungkin disebabkan itu ia seringkali dipandang remeh oleh sesetengah pemilik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kita hanya tersedar pengelap cermin sudah perlu ditukar apabila ia sudah pun mengeluarkan bunyi yang pelik dan aneh, atau kotoran di cermin yang dilap tidak sekata.

Tapi ada juga yang acuh tak acuh, endah tak endah kepentingan pengelap cermin ini!

Namun, tidak kira apa jua jenis dan jenama yang ada di pasaran, pengelap cermin tetap menjalankan dua tugas yang paling penting - memastikan tiada kotoran di cermin serta pemanduan yang kekal jelas di bawah hujan lebat.

Jenama Bosch sememangnya satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, sebagai sebuah syarikat yang berpengalaman luas dalam menghasilkan produk komponen automotif, Bosch juga turut menghasilkan produk pengelap cermin tersendiri.

Bosch AeroTwin merupakan salah satu daripada barisan produk pengelap cermin yang hadir daripada Bosch yang menawarkan kelebihan yang tersendiri serta manfaat yang berbaloi-baloi berbanding jenama lain di pasaran.

Kenapa dan apakah kelebihan yang ada pada Bosch Aerotwin?

 

1. Jangka hayat yang lebih lama


Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun ternyata memberikan kesan yang ketara terhadap jangka hayat bilah pengilap cermin.

Namun, Bosch AeroTwin dengan ciri salutan Power Protection Plus kepada getah pengilap memastikan bilah pengelap lebih kuat dan lebih tahan kepada perubahan cuaca, sekaligus memanjangkan hayatnya.

Sesuai bagi mereka yang tinggal di kawasan beriklim tropika, anda kini tidak perlu untuk menukar pengelap cermin dengan lebih kerap.

 

2. Operasi yang lebih senyap


Walaupun dimomokkan dengan ciri-ciri yang bombastik, anda perlu berhati-hati dengan jenama pengilap cermin yang ada di pasaran yang ada kalanya indah khabar dari rupa.

Kelak, anda akan menyesal kerana ia tidak mampu membersihkan cermin dengan lebih berkesan, malah bising pula ketika beroperasi. Mahu memandu dengan aman pun boleh sakit jiwa!

Jadi, dengan Bosch AeroTwin, ia menawarkan prestasi pengelap cermin yang terbaik, terima kasih kepada struktur binaan yang menampilkan spoiler bagi memastikan bilah pengelap kekal melekap pada cermin, serta kurang daya geseran  yang terhasil antara pengelap dan juga cermin.

Kurang daya geseran bermakna pemanduan anda juga lebih senyap terutama ketika musim hujan.

 

3. Bosch AeroTwin sesuaikah untuk kereta saya?


Sebagai sebuah syarikat pembekal komponen automotif terkemuka di dunia, produk Bosch sebenarnya sangat versatil dan mampu dimuatkan pada apa jua jenis kenderaan.

Produk AeroTwin terdapat dalam dua jenis, iaitu Aerotwin Retrofit (dengan cangkuk U), dan juga Aerotwin Plus (multi-klip) yang boleh disesuaikan pada mana-mana kereta jenama Jepun, atau kereta mewah Continental.

Malah untuk produk pengelap cermin Bosch AeroTwin, pihak Bosch menjamin ia mampu dimuatkan pada 96 peratus kenderaan buatan Asia.

 

4. Mudah untuk dipasang


Bagi mereka yang sudah biasa menggantikan sendiri (DIY), proses memasang pengelap cermin bukanlah satu tugas yang sukar untuk dibuat.

Namun, bagi mereka yang tidak biasa, usah risau kerana pihak Bosch turut menyediakan cara-cara untuk memasang sendiri pengelap cermin di rumah tanpa perlu menghantar ke kedai aksesori.

Hanya rujuk kepada arahan yang terpapar di belakang bungkusan, atau imbas sahaja kod QR yang tersedia, dan anda akan dihidangkan dengan paparan video cara-cara untuk memasang sendiri pengelap cermin.

Mudah bukan?

 

5. Mahal? Tidak, ia satu pelaburan yang berbaloi.


Cuaca hujan di ibu negara sejak kebelakangan ini memberikan peluang kepada penulis untuk merasai sendiri keberkesanan produk pengelap cermin Aerotwin dan ternyata, ia mampu beroperasi dalam keadaan yang senyap tanpa bunyi yang menjengkelkan.

Lebih penting, pengelap cermin Bosch Aerotwin mampu mengekalkan kadar penglihatan yang sangat jelas walaupun ketika sedang memandu di bawah keadaan hujan yang sangat lebat.

Harga jualan purata bagi pengelap cermin Aerotwin Retrofit/Aerotwin Plus adalah sekitar RM139 untuk setiap set, dan sememangnya sudah berada di dalam segmen harga yang premium.

Untuk sebuah produk yang mampu bertahan untuk tempoh yang lebih lama, harga tersebut adalah lebih berbaloi jika dibandingkan dengan menggunakan produk yang tidak menepati standard, malah perlu pula menukarnya untuk tempoh yang lebih kerap.

Lebih baik jika duit tersebut disimpan untuk tabung kecemasan, tidak begitu?

Untuk mendapatkan produk AeroTwin yang tulen, sila layari pautan di bawah:

Shopee Bosch AA

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…