Pengedar Yamaha Jawa Timur tawar kit badan Predator untuk NMax 155

oleh Mohamad Hanif|
Skuter Nmax sememangnya satu pilihan skuter yang popular bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa pasaran negara jiran, termasuk Indonesia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tatkala para pengedar di sini menawarkan harga yang tidak masuk akal (selain terpaksa menunggu beberapa bulan), salah satu pengedar Yamaha di Indonesia menawarkan sesuatu yang berbeza kepada pelanggan mereka.

Menurut laporan daripada Autonetmagz, pengedar Yamaha Jawa Timur, PT Surya Timur Sakti Jatim menawarkan 'varian' baharu yang dinamakan sebagai NMax 155 Predator.

 


Tidak seperti NMax standard, NMax 155 Predator ini didatangkan dengan panel badan khas yang lebih garang (macam kepala Darth Vader) diinspirasikan daripada watak Predator.

Disebabkan panel badan kustom itu, bentuk lampu juga dilihat sedikit berubah walaupun masih mengekalkan unit yang sama dari kilang.

Cermin sisi juga telah beralih kedudukan dari bar hendal ke bahagian depan badan dengan menggunakan cagak khas, dan dikemaskan dengan pemasangan lampu LED.

 


Di bahagian sisi, Yamaha Jatim juga turut memasang add-on pada ekzos, serta beberapa penambahan plastik bagi menjadikan reka bentuk skuter NMax ini tampak lebih berisi.

Menurut pengurus promosi PT Surya Timur Sakti Jatim, William Saputra, kos tambahan yang perlu dibayar adalah sekitar 6.3 juta Rupiah (RM1,800) sahaja sekiranya anda sudah membeli skuter NMax 155 baharu, di mana kos pemasangan adalah percuma.

Namun sekiranya anda sudah memiliki sebuah NMax 155 yang baharu, pihak PT Surya Timur Sakti Jatim mengenakan kos pemasangan sekitar 150,000 rupiah (RM42.87), atau senang cerita kos keseluruhan adalah 6.45 juta Rupiah (RM1,843).

 


Selain daripada itu, pihak pengedar ini juga menawarkan pelbagai jenis liveri termasuklah liveri Yamaha Anniversary selain warna khas seperti biru, kuning, hijau, putih, hitam dan banyak lagi.

Sumber: Autonetmagz

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Skuter tersebut dikuasakan oleh enjin silinder tunggal Blue Core empat lejang SOHC 155cc yang…
Berita Global
Kedua-dua model skuter ini menampilkan rekaan panel luaran serba baharu, dimulakan dengan lampu…