Sejak daripada itu, jenama Saab kian berkubur dan satu demi satu pusat pengedarnya terpaksa ditutup.
Namun, terdapat satu pengedar di Taiwan yang masih lagi 'berdegil' untuk meneruskan perniagaan mereka dalam keadaan tanpa satu pun penawaran model terbaharu dari jenama yang sudah 'mati' itu.

Sebagai makluman, jenama Saab di sana dikendalikan oleh Scandinavia Asia Corporation (SAC) sejak dari tahun 1980 lagi, dan sehingga kini masih lagi setia untuk berkhidmat kepada para pelanggan mereka walaupun banyak papan tanda Saab telah diturunkan di seluruh dunia.
Lebih menarik perhatian, SAC mengoperasikan kira-kira enam buah pusat servis di seluruh Taiwan yang didedikasikan khusus untuk jenama Saab, tidak termasuk 12 buah bengkel bertauliah di negara tersebut.
Pihak SAC juga baharu sahaja membuka lokasi baharu pada tahun lepas, walaupun pada ketika ini perniagaan mereka dihadkan kepada penjualan kenderaan terpakai sahaja.
Menurut Salo Yang, naib presiden SAC berkata, "kami telah melakukan yang terbaik untuk memastikan jenama Saab terus kekal di atas jalan raya Taiwan.

"Adalah menjadi satu tanggungjawab kami untuk menawarkan perkhidmatan kepada para pemilik Saab disebabkan semua kereta Saab di Taiwan dijual di bawah SAC. Mengekalkan jenama ini terus hidup, itu merupakan tugas kami.
Menurut Carscoops, SAC kini menjual alat ganti yang disumberkan daripada GM, serta pembekal lain seperti AC Delco dan Orio, malah SAC turut menghasilkan alat ganti sendiri untuk kemudahan para pemilik Saab.

Sayang sekali, usaha murni SAC ini langsung tidak mendapat sokongan daripada Saab Group atau General Motors itu sendiri.
Sumber: Carscoops, Facebook Saab Taiwan