Pengedar Honda US tawar RM3.8k untuk anda tonton kesemua filem Fast & Furious

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan tayangan filem baharu francais Fast & Furious, sebuah pusat pengedar Honda di New York ingin menawarkan wang ganjaran bernilai $900 (RM3,802) kepada seorang pelanggan yang bertuah.

Cabarannya mudah sahaja, anda hanya perlu menonton kesemua sembilan buah filem di dalam francais The Fast and The Furious.

Namun, cabaran yang mudah itu disertakan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Yonkers Honda bagi menapis penyertaan. 

Antara syarat-syarat yag dikenakan adalah pemohon mesti seorang yang sukakan kereta dan memandu, suka menonton filem, dan memiliki keupayaan untuk menulis reviu yang mampu menarik perhatian pembaca.

Selain daripada itu, pemohon juga perlu aktif di dalam Twitter dan juga Facebook. 

Berdasarkan syarat tersebut, pemohon yang bertuah perlu menonton kesemua sembilan filem dalam masa yang singkat dan menulis pengalaman tersebut di dalam laman media sosial Facebook dan Twitter. 
 


Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Mei 2020 dan pemenang bertuah hanya akan dihubungi pada 8 Mei manakala cabaran tersebut perlu dilengkapkan sebelum 25 Mei. 

Selain daripada hadiah tunai $900, pemenang juga akan menerima satu set kotak koleksi filem Fast & Furious serta kad baucer wayang bernilai $50 (RM211) untuk menyaksikan filem F9 The Fast Saga yang akan ditayangkan bermula 22 Mei. 

F9 The Fast Saga bakal menyaksikan kehadiran semula pelakon utama francais seperti Vin Diesel, Tyrese Gibson, Ludacris, Nathalie Emmanuel, Helen Mirren, Charlize Theron serta Sung Kang (watak Han). 

Bintang gusti John Cena juga membuat kemunculan di dalam filem terbaharu Fast & Furious ini dan memegang watak sebagai adik kepada Dominic Toretto lakonan Vin Diesel.

 

Add new comment

Careta Ad