Pengedar Ford tersilap jual model demo Bronco Sport, minta pelanggan pulangkan semula keesokan harinya

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun tampil dengan spesifikasi yang sedikit kurang berbanding model saiz penuh Bronco, Ford Bronco Sport juga tetap mempunyai peminat yang tersendiri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana, untuk tempoh suku keempat tahun lalu, Ford telah berjaya mengedarkan kira-kira 5,120 unit Ford Bronco Sport kepada pelanggannya di Amerika Syarikat.

Disebabkan popularitinya, ada pengedar yang sanggup menaikkan harga jualan SUV tersebut, dan ada pelanggan yang tidak mahu memulangkan unit demo yang dibelinya walaupun diminta oleh Ford sendiri.

Hal ini terjadi kepada seorang pembeli Ford Bronco Sport Badlands, di mana sebuah pengedar di Florida secara tidak sengaja menghantar unit demo kepada pembeli, Adam Sidoti.

Adam mendapatkan unit Bronco Sport Badland itu setelah membuat pembayaran muka dan melakukan trade-in dengan Volkswagen Jetta 2015, dan nasib beliau amat baik kerana berjaya mendapatkan unit tersebut sebelum cuti Krismas (22 Disember).

Namun dalam tempoh 24 jam, pihak pengedar telah menghubungi Adam semula supaya memulangkan unit tersebut kerana menurut pengedar, ia merupakan unit demo yang tidak sepatutnya dijual kepada pelanggan sebelum tempoh yang telah ditetapkan.

Isu tersebut menjadi hangat apabila Adam berkeras tidak mahu memulangkan unit yang diperolehnya dan menulis surat aduan kepada bahagian khidmat pelanggan berhubung kesilapan yang dilakukan oleh pengedar tersebut.

Adam Sidoti turut mendapatkan bantuan daripada pemberita ABC Action News, Jackie Callaway untuk menghubungi pihak Ford sendiri pada 29 Disember, dan kes ini akhirnya selesai apabila beliau mendapat berita gembira daripada Ford sendiri - beliau dibenarkan untuk menyimpan model Bronco Sport Bandlands tersebut.

Sumber: ABC Action News