Pengedar dan Perunding Jualan Hyundai-Sime Darby diberikan subsidi

oleh SALINA JALIL|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) mengumumkan bahawa ia akan menawarkan bantuan subsidi kepada pengedar dan perunding jualan bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh mereka demi melindungi kebajikan pekerjanya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi langkah proaktif ini, HSDM akan menawarkan 'Elaun Kesusahan' kepada perunding jualan dari April hingga Jun.

Subsidi ini akan hanya diberikan kepada perunding jualan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga bulan.

 

Sementara itu, pihak pengedar pula akan menerima subsidi untuk membiayai kos pemasaran dalam talian dan pembelian cecair pencuci tangan, disinfektan dan termometer untuk digunakan di blik pameran dan pusat servis masing-masing.

 

Low Yuan Lung, pengarah urusan HSDM berkata, “Wabak ini telah memberi kesan buruk kepada sektor automotif. Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengedar dan perunding penjualan, dan kami berharap subsidi tersebut dapat meringankan beban kewangan mereka dan membantu menangani kos berkaitan langkah kesihatan dan keselamatan di pusat jualan dan servis Hyundai.” 

 

HSDM memberi jaminan kepada pelanggan dan pengunjung bahawa langkah-langkah kesihatan dan keselamatan sudah dilaksanakan di semua pusat jualan dan servis Hyundai yang telah dibuka semula.

 

Ini termasuk saringan suhu badan untuk kakitangan dan pengunjung, penyediaan cecair pencuci tangan, pembasmian kuman secara kerap serta disinfektasi kenderaan pelanggan, kenderaan bilik pameran serta unit pandu uji (seperti mana yang diterangkan di video di bawah).

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…