Menurut Datuk Seri Wee Ka Siong dalam sidang media sebentar tadi, pemandu hanya perlu memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah sepanjang tempoh tersebut.
Sementara itu, kaunter JPJ dan PUSPAKOM akan dibuka dengan kapasiti 100 peratus bermula 6 September ini, di mana tiada lagi janji temu yang perlu dibuat.
Namun begitu, hanya individu yang sudah lengkap vaksinasi dan berstatus risiko rendah di MySejahtera sahaja yang dibenarkan berurusan di kaunter JPJ buat masa ini.
Sumber: Bernama