Pengecualian cukai: UMW Toyota sambut baik inisiatif kerajaan

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor dalam satu kenyataan menyambut baik pengumuman insentif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek Kerajaan terhadap industri automotif seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di bawah pelan tersebut, kerajaan akan membenarkan pengecualian cukai jualan terhadap pembelian kenderaan baharu, dimana pengecualian 100 peratus diberikan kepada model pemasangan tempatan, manakala untuk model import (CBU) pula adalah sebanyak 50 peratus.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "dengan pengecualian cukai seperti yang diumumkan, kami akan membuat penyesuaian yang relevan terhadap model kami menjelang 15 Jun ini.

Beliau turut menambah, "inisiatif ini merupakan berita baik untuk industri automotif, dan diharap dengan penurunan harga ini akan membantu merancakkan kembali industri ini.

Dalam satu perkembangan terkini, UMW Toyota sudah pun mendedahkan beberapa gambar teasar model SUV baharu yang bakal memasuki pasaran dalam masa terdekat, iaitu Toyota RAV4.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…