Pengecualian cukai jalan untuk golongan OKU bermula 15 Mac 2022

oleh Mohamad Hanif|
Selain pengecualian cukai jalan terhadap kenderaan elektrik, pihak kementerian pengangkutan turut mengumumkan pelaksanaan insentif pengecualian cukai LKM bagi golongan kurang upaya (OKU).

Pengecualian cukai tersebut tertakluk kepada mana-mana kenderaan yang diubahsuai khas untuk kegunaan OKU, atau kenderaan motor yang tidak diubahsuai di mana ia hanya dihadkan kepada kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan kereta nasional sahaja.

Selain daripada golongan OKU, pengecualian cukai jalan ini juga boleh dimohon oleh golongan ibu bapa yang mempunyai anak OKU yang berdaftar, serta pasangan suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Namun begitu, pengecualian ini hanyalah tertakluk kepada kenderaan yang telah dilesenkan bermula 1 Januari 2022 sahaja.

Permohonan pengecualian ini boleh dibuat bermula 15 Mac 2022, di mana pemilik atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk menyerahkan kembali LKM, menuntut rebat berdasarkan amaun yang telah dibayar sebelum ini dan seterusnya memohon pengecualian LKM ke atas kenderaan mereka.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Beliau berkata tawaran percuma itu bagi perkhidmatan tren komuter sektor utara dan Lembah Klang…
Berita Domestik
Jelasnya, perkara itu telah dipersetujui Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, namun…
Informasi
  Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, inisiatif tersebut…