Pengecas EV jalanan di UK bakal menampilkan rekaan ikonik, sama seperti kotak pos dan bas London

oleh Mohamad Hanif|
Untuk menjadikan negara UK terus dipenuhi dengan elemen-elemen yang tersendiri, kerajaan negara tersebut kini memperlihatkan rekaan pengecas kenderaan elektrik (EV) ikonik serba baharu yang akan dipasang di sepanjang jaringan jalan raya bermula tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bertempat di persidangan kemuncak iklim COP26, pengecas baharu itu direka oleh Royal College of Art dengan kerjasama PA Consulting bagi menjadikan pengecas EV lebih mudah untuk dikenali umum, sama seperti kotak pos merah dan juga bas London.

Butiran lanjut seperti kapasiti pengecasan dan dimensi masih lagi belum diputuskan, namun projek terbaharu ini bertujuan untuk memudahkan lagi akses dan penggunaan fasiliti pengecasan di kalangan pemilik EV.

Menurut PA Consulting, dengan memfokuskan kepada prinsip rekaan berpusatkan kepada manusia, mereka telah mengadakan pertemuan dengan pengguna EV, kumpulan pengguna serta golongan kurang upaya untuk meneliti keperluan sebenar orang ramai dan juga perniagaan.

"Semua ini demi memastikan rekaan akhir pengecasan jalanan ini adalah selari dengan piawaian kebolehcapaian, strategi infrastruktur dan panduan daripada pihak berkuasa tempatan.

Sumber: Autocar