Pengecas EV DC Handal Gua Musang diaktifkan, kadar RM1.30/kWh

oleh Penyumbang Rencana|
DC Handal dilapor telah mengaktifkan sebuah pengecas EV jenis DC di bandar Gua Musang. Perkara ini sangat signifikan kerana ia menjadikan memandu ke Kota Bharu daripada Lembah Klang melalui bahagian tengah Semenanjung Malaysia jadi lebih cekap, terutamanya dengan Hari Raya Aidilfitri 2024 yang menjelang ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat yang bercadang untuk pulang beraya nanti, lokasi pengecas EV Gua Musang letaknya di Hentian Gua Musang (Baru). Daripada gambar yang dikongsikan, kelihatan model pengecas yang digunakan adalah Autel MaxiCharger DC 47kW, unit yang sama boleh anda temui di The Vertical, Bangsar South. Unit tersebut mempunyai dua nozel CCS2 untuk mengecas dua EV secara serentak.

Kelebihan pengecas DC Handal berbanding operator yang lain adalah pengguna tidak perlu memiliki akaun ataupun diwajibkan memasang aplikasi tertentu kerana pengecas ini menerima pembyaran menggunakan kad kredit ataupun kad debit.

Sebagai alternatif, pengecas ini juga boleh diaktifkan menggunakan aplikasi ChargEV dan JomCharge. Kadar bayaran untuk pengecas EV DC Handal ini adalah RM1.30/kWh.

Disebabkan pengecas ini menggunakan konsep pengagihan kuasa secara dinamik, anda mungkin tidak akan merasai kuasa penuh 47kW apabila kedua-dua nozel sedang digunakan, sebaliknya kuasa diagihkan sama rata kepada dua nozel mengikut keperluan.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Permohonan kelulusan dari SIRIM harus dilakukan untuk memastikan peralatan yang digunakan adalah…
Berita Domestik
Beliau berkata terdapat sasaran 10,000 kemudahan pengecasan EV di seluruh negara menjelang tahun…
Hezeri Samsuri
Tetapi semua sedia maklum bahawa subsidi menjadi tanggungan terbesar negara dan sesuatu perlu…