Pengecas DC ChargEV kini tersedia di 6 pejabat Pos Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Meluaskan lagi rangkaian pengecasnya, pengecas pantas DC ChargEV kini tersedia di enam pejabat Pos Malaysia.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Enam lokasi itu terletak di Pejabat Pos Besar Ipoh, Pejabat Pos Besar Shah Alam, Pejabat Pos Taman Sri Tebrau, Pejabat Pos Besar Seremban, Pejabat Pos Besar Alor Setar dan Pejabat Pos Besar Melaka.

Pengguna EV kini boleh memanfaatkan pengecas pantas DC yang disediakan pada kadar RM1.20 per kWj, dimana ia beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.

 

2

 

Khusus untuk dua lokasi yang baru dibuka itu, pengguna di Ipoh boleh nikmati diskaun 15 peratus di Zus Coffee menggunakan kod ZUSPOSEV, sah dari sekarang hingga 31 Ogos, terhad kepada 100 pelanggan pertama.

Manakala pengguna di Shah Alam pula boleh menikmati diskaun 30 peratus untuk Make A Book Service menggunakan kod MMAB30, sah sehingga 30 September.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Di bawah kerjasama strategik ini, ChargEV dan KINETA akan bekerjasama untuk meningkatkan dan…
Berita Domestik
Sebagai langkah permulaan kerjasama tersebut, pengecas dari JomCharge, Gentari dan chargEV kini…
Berita Domestik
Pihak Starbucks merancang untuk meluaskan lagi penawaran fasiliti pengecasan EV yang terdiri…