Pengayuh basikal - Mat Rempit mahal?

oleh HEZERI SAMSURI|
Basikal kini menjadi antara isu popular dibincangkan dalam dunia pengangkutan tempatan.

Gambar-gambar viral berkaitan pengguna basikal yang lebih berani dari mat rempit semakin memburukkan isu tersebut.

Terkini, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata tidak ada sebarang cadangan pun untuk melaksanakan pendaftaran dan pelesenan kepada setiap basikal di dalam negara.
Modenas

Isu ini kecoh bila media menggunakan tajuk sensasi berkaitan Ketua Pengarah MIROS, Dr. Khairil Anwar Abu Kassim yang berkata jika diperlukan, MIROS boleh mengkaji saranan pendaftaran dan pelesenan untuk basikal.

Pastinya ramai yang terkejut dan bangkit marah, tetapi jika kita kaji semula, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid baru-baru ini berkata, JPJ tidak ada kuasa untuk menyaman pengguna basikal kerana ia bukannya kenderaan bermotor yang sepatutnya berada di jalanraya dan ia bukan kenderaan di bawah penguasaan JPJ.

"Pengurusan basikal ialah di bawah PBT atau Pihak Berkuasa Tempatan," ujarnya kepada media. Saya tak akan terkejut jika PBT pula akan melemparkan isu ini kepada jabatan lain pula. 

Isu basikal ini membuktikan teori yang saya percaya selama ini adalah benar - ramai pengguna jalanraya tidak faham bahaya di jalanraya.

Mereka yang berbasikal secara merbahaya ini boleh saya kategorikan kepada pengguna jalanraya seperti di bawah:

 

 

Ada ilmu (hitam)?

  • Bayangkan anda berdiri satu setengah meter dari lapang sasar dan ada 10 orang penembak sedang menembak, dan anda hanya memakai singlet serta kain pelikat.
  • Bahaya atau tidak? 
  • Bila mereka berbasikal, mereka yakin akan ada kuasa ghaib untuk memastikan kenderaan seperti lori kontena, lori treler, bas ekspres, kereta, trak pikap bikin dan motosikal tidak akan terbabas melanggar mereka.


Gagal dalam subjek fizik

  • Mereka juga gagal dalam matapelajaran fizik kerana mereka tidak faham apa masalahnya bila ada dua objek yang mempunyai perbezaan kelajuan yang sangat besar berada di dalam satu aliran yang sama.


Lagi berani dari penunggang motosikal

  • Motosikal mempunyai kebolehan untuk "melarikan" diri dari lori kontena yang sedang bergerak pada kelajuan 80 kmsj. 
  • Basikal tidak.


Perbezaan ketara di antara kelajuan purata basikal berbanding dengan kenderaan lain adalah satu masalah utama. Perlu diingatkan bahawa  pengguna kenderaan lain di Malaysia masih tidak begitu biasa dengan kehadiran objek perlahan di atas jalanraya yang sempit. Ini bukan Eropah. Kelakuan perlukan masa untuk berubah, lebih-lebih lagi bila kempen kesedaran sangat kurang atau langsung tidak ada dilakukan oleh kerajaan.

 

 

 

Jangan salah faham. Saya berpendapat bahawa berbasikal adalah satu kegiatan riadah yang baik dan perlu dipupuk, bukan dilarang.

Saya ada ramai rakan-rakan, saudara-mara dan jiran tetangga yang gila berbasikal dan mereka memang bukan hanya mengikut trend. Mereka ini sudah berbasikal sejak azali lagi.

Namun begitu, mereka sedar, seperti aktiviti bersukan yang lain, berbasikal memerlukan kawasan dan persekitaran yang sesuai.  Pendek kata, mereka tahu risiko dan mereka cuba kurangkan risiko.

Mungkin sekarang tuan-tuan dan puan-puan yang ada basikal-basikal ini boleh faham kenapa budak-budak motosikal dan kereta sering merayu untuk dibina lebih banyak trek dan litar bagi kegunaan mereka, bukan?

Sekiranya laluan basikal dibina, saya berharapan agar:

  • Laluan motosikal dibina kerana tidak seperti pengayuh basikal, jutaan rakyat Malaysia mengunakan motosikal untuk mencari rezeki, bukan untuk beriadah.
  • Lebih banyak litar untuk sukan permotoran turut akan dibina kerana tujuannya sama - walaupun basikal itu berharga puluhan ribu ringgit, ia tetap merbahaya seperti sebuah kapchai jika ia tidak digunakan dengan cara yang betul, di tempat yang betul.

Kemalangan tidak memilih status. Fikirkan.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Larangan untuk berbasikal di lebuhraya ada ditulis dengan jelas dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987…
Berita Global
Dengan kuasa elektrik tersebut, kayuhan menjadi lebih mudah terutama sekali semasa mendaki kawasan…
Berita Global
Hanya seorang mangsa kemalangan jalanraya tahun lalu di bandaraya tersebut, iaitu seorang lelaki…