Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan 2022

oleh SALINA JALIL|
Seorang pengawal keselamatan disiasat selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, hari ini (Rabu).


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata keterangan daripada lelaki berusia 50 tahun itu diambil selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.54 tengah hari tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Sebelum itu, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menurunkan satu dron secara 'force landing' iaitu balik ke tempat asal dron itu dinaikkan di tepi jalan berhampiran sebuah restoran di Bulatan Dato Onn, pada jam 9.30 pagi.

 

"Keterangan daripada lelaki itu sudah diambil dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)," katanya kepada BERNAMA.

 

Noor Dellhan berkata, laporan itu diklasifikasikan sebagai merujuk kepada agensi lain (ROA) iaitu pihak CAAM untuk siasatan mengikut Peraturan 143 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

 

Sebelum ini, CAAM menasihatkan orang ramai untuk tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini membabitkan keselamatan orang awam serta mengundang risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menjalankan penerbangan formasi rendah pada sambutan itu.

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
"Justeru, saya lihat ada keperluan untuk MCMC mengadakan perbincangan dan mungkin meneliti beberapa…
Berita Domestik
  Beliau berkata setakat ini pesakit menggunakan aplikasi dalaman hospital itu untuk memesan ubat-…
Berita Domestik
  Beliau berkata, dron sasaran itu boleh digunakan ketika proses latihan ujian tembakan yang…