Pengasas Termignoni meninggal dunia

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk peminat motosikal, jenama Termignoni atau lebih dikenali dengan nama ringkas Termig adalah antara jenama ekzos yang eksotik dan sering dikaitkan dengan jentera-jentera berprestasi tinggi, terutamanya, Ducati.

Termignoni bermula lebih kurang 50 tahun lalu di sebuah pekan kecil, Predosa, Alessandria, Itali.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Luigi Termignoni membuka sebuah bengkel membaiki motosikal dalam tahun 1969, khusus untuk jenama Ducati, Kawasaki dan Honda.

Dari situ, Luigi mula menyiapkan enjin-enjin untuk perlumbaan dan menghasilkan komponen beliau sendiri untuk enjin 4-lejang.

Bermula pada tahun 1971, Luigi memberikan fokus sepenuhnya kepada sistem ekzos di mana sistem lengkap ekzos pertama Termignoni dihasilkan 100 peratus menggunakan tangan.

 

 

Sehingga sekarang, kit ekzos Termignoni memang didambakan kerana kualiti, prestasi dan bunyi seksi yang dihasilkan - semuanya bermula dari standard yang Luigi hasilkan untuk jenama Termignoni. 

Ekzos Termignoni digunakan secara meluas di dalam siri-siri perlumbaan global seperti MotoGP, Moto2, Moto3, WSBK, Paris-Dakar, FIM Cross Country Rallies World Championship dan juga litar-litar tidak ternama seperti di Lebuhraya KL-Karak, Genting - Batang Kali dan Grand Prix Kuala Klawang.

Luigi kekal sebagai presiden syarikat Termignoni sehingga tahun 2015. Selepas itu, Luigi memberikan tumpuan kepada hobi baharunya - pertanian dan kuda.

Luigi meninggal dunia pada 17 November lalu. Beliau berusia 75 tahun.

Takziah kepada keluarga Luigi dan terima kasih kerana menghasilkan antara bunyi-bunyi yang paling seksi di dalam industri automotif ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti di Eropah, model itu mengisi slot di antara Hypermotard 950 dan Hypermotard 950 SP dan…
Berita Domestik
Untuk anda yang menginginkan sebuah supermoto berkuasa, Ducati Hypermotard merupakan jawapan tepat…