Pengasas Simpson Racing meninggal dunia

oleh Mohamad Hanif|
Bill Simpson, pengasas jenama Simpson Racing dan juga seorang pelumba dilaporkan meninggal dunia baru-baru ini pada usia 79 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau lebih dikenali kerana hasil inovasi di dalam aspek keselamatan perlumbaan, di mana beliau pertama kali memperkenalkan ciri payung terjun pada jentera drag selepas insiden pada tahun 1958. 

Rekaan tersebut kemudian digunakan oleh pelumba lagenda Don Garlits sebelum diperluaskan penggunaannya kepada umum. 

Simpson juga turut bertanggungjawab memperkenalkan sut perlumbaan kalis api setelah bertemu dengan angkasawan NASA, Pete Conrad. 

Simpson merupakan yang pertama melihat potensi di sebalik bahan kalis api Nomex untuk perlumbaan, ini kerana kematian akibat api dan kepanasan yang melampau merupakan sesuatu yang kerap berlaku di dalam sukan permotoran pada ketika itu. 
 


Usaha Simpson memberikan impak yang besar kepada sukan permotoran, dan terbukti mampu menyelamatkan ramai nyawa, sehingga dicalonkan ke dalam Motorsports Hall of Fame of Amerika pada tahun 2003. 

Simpson dilaporkan menghidap penyakit strok pada 13 Disember sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin lalu. 

Berehatlah dengan aman, Bill Simpson.