Pengasas pasukan Williams Racing, Sir Frank William meninggal dunia pada usia 79 tahun

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Motorsport week
Pengasas yang juga merupakan bekas prinsipal pasukan Williams Racing, Sir Frank William dilaporkan meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Sepanjang 43 tahun penglibatan beliau bersama-sama dengan jurutera Sir Patrick Head sejak tahun 1977, Willams merupakan salah satu nama yang cukup berprestij di atas litar lumba.

 


Malah, dalam sejarah sukan F1, mereka telah berjaya merangkul tujuh gelaran kejuaraan pemandu, sembilan gelaran kategori pengeluar, serta 114 kemenangan.

Pada Mac 2012, beliau berundur daripada lembaga pengarah Williams, dan menyerahkan tampuk pimpinan kepada anak perempuannya, Claire Williams yang kemudian menjadi Timbalan Prinsipal Pasukan.

Berehatlah dengan aman, Sir Frank Williams.

Sumber: WTF1

Berita Berkenaan

Berita Global
BBS sudah lama menjadi antara pembekal roda aloi untuk pasukan F1 dan walaupun nampak enteng,…
Sukan Bermotor
Berdasarkan laporan terbaharu oleh CAR Magazine, kemasukan pengeluar tersebut bakal diwakili oleh…
Berita Global
  Jika diimbau kembali, Honda tidak kekal lama dan keluar dari F1 selepas beberapa tahun dan …