Pengasas bersama NIO lepas jawatan secara tiba-tiba - alasan faktor usia

oleh Mohamad Hanif|
Salah seorang daripada pengasas bersama syarikat pemula kenderaan elektrik, NIO didapati telah melepaskan jawatannya baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jack Cheng yang sebelum ini pernah berkhidmat selama 30 tahun di Ford China membuat keputusan untuk berhenti. 

Berdasarkan memo dalaman yang diperoleh daripada The Financial Times, Jack Cheng didapati bersara atas faktor umur. 

Beliau merupakan pengasas bersama syarikat NIO bersama-sama pengasas yang lain seperti William Li dan Lihong Qin. 

NIO merupakan salah satu syarikat pemula yang berjaya menarik perhatian tahun lalu apabila berjaya tersenarai di dalam New York Stock Exchange dan berjaya menjual kira-kira 10,000 kenderaan tahun lalu. 
 


Walaubagaimanapun, laporan media menyebut bahawa faktor ekonomi China yang merosot terutama di dalam sektor automotif sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi jualan NIO di sana. 

Di dalam bulan Julai sahaja, NIO hanya sekadar mampu menjual kira-kira 164 unit ES8 kepada para pelanggan. 

Keadaan yang semakin meruncing memaksa NIO menutup salah sebuah pejabat mereka yang terletak di Silicon Valley, selain memberhentikan sekurang-kurangnya tiga peratus daripada pekerjanya di China. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…
Berita Global
CYVN Holdings, syarikat pelaburan itu akan membeli 294 juta saham Nio yang akan dikeluarkan pada…
Berita Global
Firefly merupakan kenderaan EV ‘entry level’ dan kenderaan lebih mampu milik dibawah naungan jenama…