Pengasas Airasia mahu bangunkan 'super app', saingi Grab, GoJek, WeChat!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk menangani penurunan kadar perjalanan udara akibat wabak COVID-19, pengasas AirAsia Tony Fernandez dilaporkan mahu membangunkan sebuah aplikasi super bagi menjana keuntungan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut laporan daripada BBC, Tony mahukan aplikasi semua dalam satu yang merangkumi perkhidmatan penghantaran makanan, membeli belah dalam talian, pembayaran, hiburan, dan perjalanan itu mampu menyaingi aplikasi lain seperti Grab, GoJek dan juga WeChat. 

AirAsia kini sudah pun memiliki pengkalan data pengguna yang amat tinggi, dengan angka melebihi 60 juta pengguna. 

Menurut Tony, sejak dari awal AirAsia adalah sebuah syarikat digital, di mana syarikat tersebut merupakan salah satu syarikat penerbangan pertama yang menawarkan penjualan tiket dalam talian. 

"Saya faham, terma aplikasi super ini mungkin dilihat sebagai bercita-cita tinggi, namun penyedia lain seperti Grab dan GoJek juga bermula kecil sebagai sebuah aplikasi penghantaran makanan dan mobiliti. 

"Malah, ramai juga yang bertanya dalam nada yang sama ketika saya memulakan operasi AirAsia," ujar beliau kepada BBC.

AirAsia kini telah menjadi salah satu syarikat penerbangan bajet terbesar di Asia. 

Sumber: BBC

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan FMT, syarikat itu telah memfailkan saman terhadap AirAsia tahun lalu, mendakwa…
Informasi
  Menurutnya penerbangan ke/dari Quanzhou akan bermula semula dua kali seminggu, manakala ke/dari…
Berita Domestik
  "Jumlah tempat duduk tersedia ialah 11,400,” katanya pada sidang media  pada Selasa, selain…