Pengarah filem Fast X undur diri

oleh Mohamad Hanif|
Pengarah filem terbaharu daripada francais Fast & Furious, Justin Lin mengumumkan pengunduran diri daripada terus menggalas tugas tersebut, hanya dalam masa beberapa hari selepas proses penggambaran bermula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lin yang sebelum ini mengarahkan lima buah filem Fast & Furious memberikan alasan 'perbezaan kreatif' sebagai sebab pengunduran, namun akan kekal memegang jawatan sebagai produser filem Fast X.

Menurut laporan daripada Deadline, pengarah baharu akan diumumkan dalam masa terdekat, namun tiada sebarang berita berkenaan kelewatan produksi yang akan memberikan kesan kepada tayangan perdana filem Fast X yang dijadualkan pada Mei 2023.
 

Tokyo Drift


Lin pertama kali mengarahkan filem Tokyo Drift sebelum muncul semula sebagai pengarah bagi filem-filem sambungan Fast 4, Fast Five, Fast & Furious 6, serta F9, dan secara keseluruhan filem arahan beliau berjaya mengutip hampir $2 bilion.

"Dengan sokongan daripada Universal, saya telah membuat keputusan yang sukar untuk berundur daripada kerusi pengarah Fast X, dan dalam masa yang sama kekal sebagai produser projek.

"Dalam tempoh 10 tahun, kami telah berjaya merakamkan pelakon terbaik, aksi lasak terbaik, dan aksi kejar-mengejar kereta terbaik.

"Sebagai seorang kanak-kanak imigran Asia, saya amat berbangga kerana dapat membina francais yang paling tersendiri dalam sejarah filem. Saya akan selamanya mengucapkan terima kasih kepada barisan pelakon, kru dan studio yang hebat atas sokongan dan mengalu-alukan saya ke dalam keluarga Fast.

Sumber: Deadline

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Selepas filem F9: The Fast Saga, francais Fast & Furious bakal dihidangkan dengan dua buah…
Berita Global
"Setiap cerita berhak mempunyai pengakhiran yang tersendiri," itulah yang cuba diungkapkan oleh Vin…
Gaya Hidup
Filem pertama diterbitkan pada tahun 2001, dan disebabkan wabak pandemik COVID-19, filem kesembilan…