Penganjuran Rimba Raid 2018 @ Janda Baik pada Sabtu, Ahad ini

oleh Afandi Che Muhamad|
Bersempena cuti hujung minggu, satu acara off-road bakal dianjurkan di Janda Baik, Pahang pada hari Sabtu dan Ahad ini.

Dinamakan sebagai Rimba Raid Adventure Weekend, acara pemotoran tersebut bakal menguji kemampuan peserta dalam merentasi laluan trek yang berliku.

Hari pertama penganjuran, peserta didedahkan dengan halangan seperti aktiviti meredah sungai.

Selesai acara hari pertama, peserta akan dibawa melalui laluan trek hutan sepanjang 11 kilometer keseluruhan pada hari berikutnya.

Pengarah Urusan Rimba Raid, Datuk Nik Huzlan berkata, objektif penganjuran acara tersebut adalah bagi mendidik peserta dengan skil tunggangan pelbagai.

"Setakat ini, lebih 100 peserta sudah pun berdaftar bagi menyertai acara itu.

"Kebanyakan daripada mereka, ada yang datang dari jauh seperti Sarawak dan Singapura semata-mata bagi tujuan ini," katanya.

Tambah Nik Huzlan, peserta atau peminat yang datang awal bagi menyaksikan aktiviti itu akan ditempatkan di 90 khemah berdekatan tapak acara berlangsung.

Berikut disertakan tentatif program Rimba Raid 2018 @ Janda Baik:

Maklumat lanjut mengenai acara tersebut boleh didapati dengan menghubungi talian 6013-335 7334 atau menerusi laman Facebook mereka di www.facebook.com/RimbaRaidAdv/.

Tags

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahukah anda, sebenarnya setiap 30 April Land Rover menyambut sebuah hari khas yang digelar World…
Kereta
Dan oleh kerana jenama lain tidak ada langsung sesuatu yang sepertinya, maka Raptor ialah satu-…
Berita Global
Walaupun tampak kecil dengan enjin 1.5 liter sahaja, ia masih mampu melakukan tugas-tugas lasak,…