Pengangkut kenderaan gergasi di China

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Selalunya, treler pengangkut kenderaan hanya boleh memuatkan tidak lebih dari 10 kenderaan. Faktor keselamatan menjadi punca utama had tersebut tetapi di China, ada yang berani membuat apa sahaja demi keuntungan. Sifat kiasu pemilik lori tersebut nyata kelihatan apabila lori treler yang mampu memuatkan lebih dari 15 kenderaan ini dirakam berada di kawasan larangan kenderaan besar di bandar Beijing. Malah, pemandunya turut memandu gergasi ini menggunakan lorong motosikal. 000 (1)Menurut laporan Car News China, undang-undang di Beijing mewajibkan kenderaan bertreler begini berhenti di depot tersendiri dan treler lebih kecil digunakan untuk menghantar kenderaan-kenderaan baru tersebut ke dewan pameran pengedar (satu undang-undang yang Malaysia sendiri belum ada). Lori treler gergasi ini sedang mengangkut 13 Volkswagen Tiguan, sebuah Polo dan sebuah Touran. 000 (2)Laporan tersebut turut menyatakan bahawa lori Foton Auman ini menarik treler gergasi yang kelihatan seperti dibuat sendiri menggunakan tangan dan mempunyai kemasan yang tidak begitu meyakinkan. Treler ini dianggarkan sepanjang 30 meter dan ia seperti mampu membawa sehingga 21 buah kenderaan. Sumber dari Car News China [gallery ids="929,928"]