Penganalisa dakwa harga kereta baharu yang rendah punca pasaran kereta terpakai semakin lemah

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Industri kenderaan terpakai semakin malap akibat penurunan harga kenderaan baharu.

Ini dinyatakan oleh Pengarah Bersekutu syarikat enganalisa industri automotif Frost & Sullivan, Animesh Kumar dalam laporan The Malaysian Reserve (TMR).

Menurut Animesh, penurunan harga kenderaan baharu dan promosi yang menarik menjadi punca ramai yang lebih gemar membeli kenderaan baharu.

"Kenderaan baharu juga mempunyai waranti sehingga lima tahun, sesuatu yang pasaran kenderaan terpakai tidak mampu untuk tawarkan," ujar Animesh kepada TMR.

Animesh seterusnya menerangkan bahawa kajian terperinci dari syarikat beliau mendapati harga kenderaan baharu di Malaysia turun sebanyak 13 peratus sejak tahun 2014.

"Penurunan secara umumnya diakibatkan oleh insentif kenderaan cekap tenaga yang diumumkan oleh kerajaan dalam Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) dalam tahun 2014," kata Animesh.

Dalam NAP 2014, kerajaan memberikan insentif cukai untuk kenderaan-kenderaan cekap tenaga (EEV) yang dipasang di dalam negara. 

 

 

Contohnya, harga Perodua Myvi telah turun sebanyak 12.15 peratus, iaitu dari RM50,424 kepada RM44,300.

Sebuah Myvi terpakai tahun 2014 pula berharga antara RM29,000 ke RM35,000.

Proton Persona baharu pula sekarang berharga RM44,431, iaitu sebanyak RM8,281 lebih murah dari harga asal Proton Persona dahulu.

Harga Proton Persona terpakai menurut Animesh boleh mencecah RM31,000.

Honda Jazz Hybrid pula melihat penurunan harga sebanyak lapan peratus, iaitu RM84,537. Harga terpakai Jazz Hybrid ialah dalam sekitar RM50,000.

 

 

Pengusaha industri kenderaan terpakai sudah mula merasai tekanan pasaran lebih dari 10 tahun. TMR sebelum ini melaporkan ada lebih kurang sebanyak 400,000 buah kenderaan terpakai yang dijual di dalam negara setiap tahun.

"Ini rendah berbanding dengan jualan kereta baharu, iaitu dalam 600,000 buat setahun," sambung Animesh.

"Di dalam negara majus eperti di US, jualan kenderaan terpakai ialah dua kali gandar lebih tinggi dari jualan kenderaan baharu."

Menurut Datuk Tony Khor, presiden untuk Persatuan Persekutuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia, jualan kenderaan terpakai di Eropah ialah dua kali ganda lebih tinggi dari jualan kenderaan baharu. 

"Jualan kenderaan terpakai di Jepun pula ialah 1.5 kali lebih tinggi dari jualan kenderaan baharu mereka," sambung Tony.

Selain dari harga kenderaan baharu yang menurun, industri kenderaan terpakai negara turut dibelenggu masalah keyakinan pelanggan dan urusan pinjaman yang semakin ketat.

"Syarikat kewangan mahukan bayaran muka yang lebih tinggi dan jangka pinjaman yang lebih pendek. Ini menyebabkan ramai tidak mampu membeli kenderaan terpakai, " terang Animesh.

 

 

Pasaran kenderaan terpakai di Malaysia akan terus berada di dalam paras 350,000 ke 400,000 unit setahun dan pengedar-pengedar kenderaan terpakai yang kecil dijangka akan tutup terus.

Kebanyakan penjual kenderaan terpakai sudah pun berhijrah menggunakan sistem talian dengan pasaran-pasaran popular seperti mudah.my, carlist.my, motortrader dan sebagainya.

Seramai 70 ke 90 peratus pemilik kenderaan terpakai membeli kenderaan mereka secara atas talian dan bukan dari kedai-kedai kenderaan terpakai.

Animesh kemudian memberikan komen mengenai Polisi Jangka Hayat Kenderaan (End of Life Vehicle atau ELV) yang pada firasat beliau, mampu membantu idnustri automotif asalkan keuntungan dari segi kewangan dan diskaun atas kenderaan baharu tidak dijadikan kepentingan.

 

 

"Jika polisi ELV tidak memberikan sebarang diskaun kepada kenderaan baharu, maka pembeli mungkin akan mencari kenderaan terpakai. Ini mampu meningkatkan jualan kenderaan terpakai untuk jangka masa pendek," tambah Animesh.

Namun begitu Animesh mengingatkan bahawa nilai dan kadar penurunan harga kenderaan terpakai akan memberikan kesan kepada pembeli. Mereka akan menjauhkan kenderaan yang sudah terlalu tua atau terlalu hampir dengan jangka hayat untuk dilupuskan.

Pihak kerajaan masih tidak ada sebarang pengumuman akan ELV walaupun Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pernah berkata dalam bulan Oktober tahun lalu bahawa polisi ELV sudah dalam peringkat kajian terakhir.

Nampaknya beliau tidak tahu apa-apa mengenai ELV kerana setahu Careta, masih tiada kata putus akan projek ini. Sekiranya ada, sumber berita yang sahih akan datang dari Tok Pa dari MITI atau Datuk Madani Sahari dari MAI.

Program ELV juga tidak bermakna kenderaan lama wajib dilupuskan. Ia lebih kepada sistem sukarela, tetapi demi untuk memastikan jalanraya dipenuhi dengan kenderaan yang lebih selamat dan mesra alam, kenderaan lama yang melebihi tempoh lupus perlu mengalami pemeriksaan berkala setiap tahun.

Ini ialah apa yang dipraktikan di Singapura dan di kebanyakan negara-negara maju. 
 

Berita Berkenaan

Informasi
  “Bagaimanapun, prospek industri automotif Malaysia dipengaruhi oleh ketidaktentuan global…
Berita Domestik
Dalam satu acara penyampaian Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan, Ford Ranger selaku trak…
Berita Global
Persatuan Pengeluar dan Peniaga Kenderaan (SMMT) telah mengeluarkan satu laporan baharu mengenai…