Pengambilan pelajar baru di Kolej Perniagaan dan Teknologi Naza dibuka!

oleh Afandi Che Muhamad|
Berminat mendalami industri Automotif, tetapi tidak tahu di mana? Nah! Ini berita baik untuk anda.

Kolej Perniagaan dan Teknologi Naza mempelawa mana-mana individu yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Automotif di kolej berkenaan sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Antara kursus yang disediakan termasuk Diploma Teknologi Automotif (kenderaan ringan), Diploma Pengurusan Perniagaan Automotif, Diploma Teknologi Pemotoran dan Diploma Teknologi Motosikal (akan datang).

Kenapa anda perlu pilih Kolej Perniagaan dan Teknologi Naza?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej Perniagaan dan Teknologi Naza, Dr. Jagdeep Jassel (gambar) berkata, pihaknya menyediakan tenaga pengajar profesional dan berpengalaman luas dalam industri berkenaan.

"Bukan itu sahaja, silibus atau sistem pengajaran di sini disesuaikan mengikut keperluan bakal pelajar dan pelajar sedia ada supaya mereka lebih bersedia sebelum melangkah ke alam pekerjaan nanti.

"Kolej yang terletak di Glemarie, Shah Alam itu lengkap dengan fasiliti serta peralatan pembelajaran. Cukup sempurna," katanya.

Menurutnya, pelajar akan didedahkan dengan teori dan praktikal sepanjang tempoh pembelajaran.

Tambah Jagdeep, pelajar yang cemerlang akan ditempatkan menjalani latihan praktikal di organisasi terkemuka dalam negara dan dipantau pengajar dari masa ke semasa.

Jelasnya, masa depan pelajar yang tamat pengajian lebih cerah dan mereka berpeluang untuk bekerja di pelbagai cabang automotif sebagai contoh; 

⦁    Keusahawanan (Bengkel)
⦁    Pengurusan Pusat Servis
⦁    Penjualan kenderaan, khidmat edaran atau selepas jualan (After-Sales)
⦁    Auto-repair 
⦁    Pengangkutan dan Pengesanan Komersial
⦁    Kewangan dan Insuran Kenderaan
⦁    Peruncitan dan Khidmat Pelanggan
⦁    Alat ganti automotif, Logistik dan Gudang


Pelajar yang berminat boleh mendapatkan pinjaman pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jadi, tunggu apa lagi. Daftar sekarang sebelum terlambat!

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman web, www.naza.com.my, hubungi talian 03-205 3036 atau ikuti laman Facebook mereka di www.facebook.com/nazacollegeglenmarie/.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Cabaran Perodua Eco Challenge 2017 (PEC 2017), yang telah dianjurkan oleh Perodua Malaysia kini…