Penerus legasi motosikal rakyat dilancarkan - Modenas Kriss 110 (dari RM3.3k)

oleh Mohamad Hanif|
Meneruskan legasi sebagai kapcai mampu milik, Modenas melancarkan model baharu Modenas Kriss 110 (2019) disasarkan kepada golongan dewasa muda yang ingin membeli motosikal pertama dan mampu milik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Modenas Kriss 110 didatangkan dengan enjin silinder tunggal empat lejang sejukan udara yang mampu menjana 4.7 hp dan daya kilas 8.2 Nm di mana kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi kotak gear empat kelajuan. 

Motosikal Kriss 110 turut diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) menjanjikan penjimatan bahan api, di mana setangki penuh 4.2 liter mampu mencapai jarak perjalanan 200 km.

 


Motosikal ini menawarkan bentuk yang kompak dan bergaya, lengkap dengan rim aloi 17 inci, ruang penyimpanan barang yang luas serta tempat duduk ergonomik untuk keselesaan tunggangan.

Menurut Dato' Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM berkata, "ini merupakan masa yang tepat untuk Modenas, di mana pelancaran motosikal baharu ini diharapkan dapat mengukuhkan jenama Modenas secara keseluruhannya. 

 


"Kriss 110 yang asal membuahkan satu kejayaan besar dengan lebih 800,000 unit terjual di seluruh negara. 

"Kami percaya Kriss 110 baharu ini akan terus mengukir kejayaan dan mengekalkan nama baik lagenda ini seperti mana di sekitar tahun 1997.

 


Harga jualan Modenas Kriss 110 bermula dari RM3,377 atas jalan tanpa insurans serta didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km. 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…
Model Terbaharu
Kehadiran warna baharu itu menggantikan warna Metallic Matte Graphenesteel Grey/Ebony di mana…