Penerbangan terus Pulau Pinang ke Bali, AirAsia perkenal laluan baharu

oleh Penyumbang Rencana|
Syarikat penerbangan, AirAsia Malaysia memperkenalkan laluan baharu penerbangan terus antarabangsa kepada pelanggannya iaitu dari Pulau Pinang ke Denpasar, Bali, Indonesia bermula 20 Oktober ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengenalan itu adalah bukti komitmen AirAsia Malaysia untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan pilihan di rantau ini sejajar dengan memorandum kerjasama (MOC) yang ditandatangani dengan Penang Global Tourism (PGT) pada Ogos lalu menurut kata Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Liyana Mahizzan.

 

Penerbangan dua kali seminggu itu akan menambah kekerapan AirAsia Malaysia ke Pulau Pinang dengan 156 penerbangan setiap minggu.  

 

Sempena meraikan pengumuman itu, AirAsia Malaysia akan menawarkan tambang berpatutan antara Bali dan Pulau Pinang daripada RM159 (termasuk semua) sehala bermula hari ini hingga 16 Oktober untuk tempoh perjalanan antara 20 Oktober 2022 dan 25 Mac 2023.

 

Menurut Liyana, Pulau Pinang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan AirAsia Malaysia dan sebagai pemain utama dengan bahagian pasaran terbesar sebanyak 50 peratus sebagai sebuah kumpulan.

 

”Kami juga akan terus mengembangkan perkhidmatan ke negeri ini pada masa depan,” katanya.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin berkata bahawa ini adalah laluan terus pertama dari Pulau Pinang ke Bali, kami berharap ia dapat memanfaatkan peluang ini untuk memperkenalkan negeri ini kepada penduduk di Bali dan pelancong antarabangsa yang lain. 

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular di laman media sosial harga bagasi tambahan dilihat ada perbezaan mengikut…
Berita Domestik
Manakala, dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan atau Tawau, serta Johor Bahru ke Kota…