Penerbangan sulung teksi dron di Paris (video di bawah)

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Reuters
Sebuah helikopter elektrik dengan sejumlah mesin berputar (rotor) melakukan penerbangan trafik udara konvensional pertamanya berhampiran Paris sebagai persiapan untuk penerbangan komersial mulai 2024.


Pesawat ujian Volocopter, yang menyerupai dron besar dengan lapan rotor, berlepas membawa penumpang dari lapangan terbang Pontoise-Cormeilles di luar Paris dan mengelilingi kawasan berhampiran ketika pesawat lain berada di sekitar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Jerman Volocopter, Dirk Hoke, berkata dalam tempoh 18 bulan akan datang ia akan menyediakan helikopternya untuk pensijilan dan berharap dapat melancarkan penerbangan komersial pendek menjelang 2024, apabila Paris mengadakan Sukan Olimpik Musim Panas.

 

Syarikat itu mahu pesawat dua tempat duduk itu dapat terbang secara automatik sepenuhnya, dengan hanya penumpang di dalamnya, tetapi mengakui masih banyak perlu dilakukan dari segi infrastruktur, integrasi ruang udara dan penerimaan orang ramai.

 

Juruterbang ujian, Paul Stone, berkata sistem ‘fly-by-wire digital’ helikopter dan pelbagai rotor menjadikannya lebih mudah untuk terbang berbanding helikopter biasa.

 

“Dalam helikopter, apabila anda menggerakkan satu kawalan, tiga perkara berlaku serentak dan ia memerlukan latihan koordinasi,” katanya.

 

Presiden wilayah Ile-de-France di sekitar Paris, Valérie Pecresse, berkata wilayah itu menyediakan sokongan kewangan untuk inisiatif itu kerana mahu penerbangan penumpang pertama berlepas dan mendarat di sini.

 

Volocopter sedang bersaing dengan syarikat di seluruh dunia, termasuk Lilium, Joby Aviation dan Airbus untuk mendapatkan teksi terbang pertama yang disahkan oleh pengawal selia. Ia menyasarkan untuk mencapainya dalam masa dua tahun.

 

Video di bawah ini:

 

 

REUTERS